Pemimpin Umno Kelantan dicabar bawa kereta sendiri pulang berhari raya

Pemimpin Umno Kelantan dicabar bawa kereta sendiri pulang berhari raya

Bekas orang Ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah mencabar pembesar-pembesar Umno Kelantan pulang berhari raya dari Kuala Lumpur ke Kelantan dengan memandu sendiri kereta masing-masing.

“Tak aci pakai drebar (pemandu), kalau nak bawa reporter boleh,” tulis beliau pada status facebooknya.

Beliau yang memandu sendiri pulang beraya berkata terpaksa mengambil masa 12 jam dari Machang ke Kuala Lumpur berbanding tahun lepas 10 jam.

“Saya ingin bertanya Tok Pa (Datuk Mustapha Muhamad), Jazle (Datuk Jazlan), Nuar (Datuk Annuar Musa) dan pemimpin Umno lain berapa kali mereka merasai bawa kereta sendiri balik beraya di Kelantan,” katanya.

Kalau hanya selalu “kot atah sokmo’ (naik kapal terbang) katanya, tak payah bercakap besar berkenaan kesengsaraan rakyat yang terpaksa menempuh perjalanan ada yang sampai 20 jam.

Beliau mencabar pemimpin-pemimpin ini mencuba sekali untuk merasai sukarnya penderitaan rakyat.

“Kena cuba sekali barulah tahu garam tu rasanya masin atau pahit.

“Ini tidak hanya dengar orang lain saja merasa garam masin kita pun kata masin, ada yang kata pahit kita pun kata pahit,” tulis belaiu dalam loghat Kelantan.

Beliau mencabar untuk para pemimpin ini pulang berhari raya tahun depan dengan memandu sendiri.

“Berayo tahun depe, bawak sendiri kereta, kelik rayo kelate, pastu kelik semula kolupo,” katanya.