Isu lambakan warganegara asing yang menjadi peminta sedekah di negara ini bagaikan tiada kesudahan malah semakin menjadi-jadi.
Berpunca dari sikap rakyat Malaysia yang terlampau pemurah, warga asing ini tanpa segan silu meminta wang bahkan menjadikannya sebagai kerjaya.
Namun begitu, masalah ini seharusnya segera diselesaikan apabila ada diantara mereka yang bertindak kasar sekiranya tidak diberi wang.
Menerusi perkongsian seorang wanita di aplikasi TikTok, dia mulanya didatangi oleh seorang wanita yang mengaku dirinya warganegara Syria.
Bermodalkan kisah sedih dan kereta sorong bayi, wanita Syria itu mulanya cuba meraih simpati dengan menceritakan bahawa dirinya kelaparan.
Namun, perlakuan wanita itu berubah menjadi kasar dengan meminta wang secara paksaan apabila perakam video itu enggan menyerahkan apa-apa.
Merasa dirinya seperti diperas ugut, perakam video mengambil keputusan untuk memuat naik video tersebut di media sosial sebagai amaran kepada orang ramai.
“Hati-hati ye di KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre). Dia paksa dengan nada yang sangat tinggi.
“Dan dia panggil saya baby (mulanya). Dia kata dari Syria, bila tak bagi nak marah-marah pula,” katanya.
Perkongsian @rabiatulshafee1 itu tular di pelbagai platform media sosial kerana pengalaman tersebut turut dialami oleh orang ramai.
“Weii la hati-hati. Aku dah kena haritu. Aku cakap tiada duit, dia marah aku depan orang ramai,” kongsi seorang pengguna yang berdepan dengan situasi yang sama.
Kejadian yang dikongsi Rabiatul itu tidak hanya terjadi di ibu kota Kuala Lumpur sahaja, malah di negeri-negeri lain di Malaysia.
Pihak berkuasa seharusnya lebih tegas dalam membanteras kegiatan meminta sedekah daripada terus berleluasa dan mendarah daging di negara ini.
Baca juga: Kalah wartawan, lelaki berjaya korek rahsia M Nasir rupa-rupanya anak imam masjid