Pempengaruh dikecam tak pandai ‘review’ makanan sampai pemilik kedai kena ‘review’ sendiri

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengulas makanan dikecam ramai gara-gara cara penyampaiannya yang tidak memuaskan serta tidak menggambarkan rasa makanan tersebut.

Lelaki itu dibayar oleh seorang pemilik perniagaan untuk membuat video ulasan tentang menu yang dijual seperti keropok lekor, goreng pisang, risol dan popia.

Namun dalam video itu, lelaki tersebut membuat ulasan acuh tidak acuh selain beberapa kali menyebut bahawa makanan dijual agak mahal.

Dia kononnya menggunakan konsep “bercakap jujur” namun netizen mengatakan penyampaian lelaki itu tidak kena dan tidak sopan.

Lelaki itu berkata sos keropok lekor terasa seperti abang lori.

Setelah video dimuat naik, pemilik kedai terpaksa meninggalkan komen yang sepertinya tidak berpuas hati terhadap hasil kerja lelaki tersebut.

Pemilik kedai itu juga terpaksa membuat semula video ulasannya sendiri dan mengulas menu jualannya.

Perkara itu membuatkan ramai rasa jengkel dan mengkritik tindakan pengulas makanan berkenaan yang sambil lewa mengerjakan ‘job’ berbayar.

Baca juga: “Mak mentua sibuk canang keburukan menantu, kakak ipar pula sama naik…”