Malaysia Dateline

Pemuda AMANAH agih ‘water jet’ sumbangan rakyat Malaysia

Pemuda AMANAH mengagihkan penyembur air tekanan tinggi (water jet) yang dananya diperoleh hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia.

Semalam, Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Hasbie Muda (gambar atas) menyerahkan water jet tersebut kepada wakil NGO Karak 2020, Jegha yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda AMANAH Pahang.

Menurut Ibrohim Mazalan, empat unit water jet dibeli untuk kegunaan anggota dan sukarelawan termasuk di Temerloh dan Chenor dalam operasi pembersihan rumah mangsa banjir.

Kelmarin, Abbas Azmi mewakili Pemuda Parti AMANAH Nasional menyerahkan beberapa unit water jet untuk kerja-kerja pembersihan rumah di Hulu Langat dan Kota Raja.

“Water jet ini adalah hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada Pemuda Parti AMANAH Nasional.

“Terima kasih rakyat Malaysia,” kata Abbas.