Pemuda Amanah anggap fahaman takfiri PAS bunuh demokrasi

Pemuda Amanah anggap fahaman takfiri PAS bunuh demokrasi

Timbalan Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berpendapat Pas pada masa ini sudah diresapi fahaman takfiri yang sukar dirawat kerana menganggap tindakan mereka sendiri sahaja betul tanpa boleh ditegur.

Faiz Fadzil Timbalan Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berpendapat Pas pada masa ini sudah diresapi fahaman takfiri yang sukar dirawat kerana menganggap tindakan mereka sendiri sahaja betul tanpa boleh ditegur.

Mengulas tindakan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan menghalau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa, beliau berkata, keputusan tersebut adalah kali pertama berlaku terhadap seorang Adun di negeri itu diusir dari persidangan.

“Insiden ini belum lagi berlaku sepanjang era Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (sebagai Menteri Besar Kelantan).

“Sikap ini langsung bertentangan dengan syara’ dan amalan para sahabat termasuk Saidina Abu Bakar As-Sidiq dalam ucapan beliau ketika dilantik sebagai Khalifah pertama yang menyeru agar beliau ditegur jika beliau salah,” ujarnya dalam kenyataan kepada Malaysia Dateline.

Menurutnya, keengganan memberikan peluang kepada Husam untuk mencelah penggulungan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob seolah-olah membunuh semangat dan amalan demokrasi yang harus dihormati sebagai fungsi imbang periksa tindakan dan dasar kerajaan negeri.

Faiz turut menegaskan fahaman takfiri mendorong wujudnya sebuah kerajaan autokrasi yang membunuh demokrasi. 

“Ternyata sikap kepimpinan sebegini jika dibiarkan boleh menyebabkan kerajaan dipimpin oleh golongan autokratik yang tidak memberikan peluang kepada rakyat untuk mempersoalkan tindakan dan dasar kerajaan.

“Tanggungjawab imbang dan periksa oleh ahli legislatif ini adalah penting bagi memastikan pentadbiran kerajaan diurus dengan baik dan adil supaya kepentingan rakyat terjaga,” ujarnya lagi.

TAGS