Malaysia Dateline

Pemuda AMANAH anjur program literasi kewangan

Pemuda AMANAH Kota Raja menganjurkan program literasi kewangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Ketuanya, Nabil Norhalim berkata, program tersebut diadakan secara atas talian mengikut keselesaaan peserta seperti panggilan video.

“Panel tidak boleh dipilih. Masa dan tarikh akan ditentukan oleh penganjur,” katanya.

Perkhidmatan nasihat kewangan tersebut anjuran bersama Biro Ekonomi Pemuda AMANAH Selangor.

Menurut Nabil, faktor ekonomi yang tidak menentu memerlukan perubahan drastik kepada cara hidup dan gaya hidup dalam menghadapi gelombang ancaman Covid-19 ini.

Sehubungan itu, pihaknya mengajak kalangan pemuda untuk mengambil langkah wajar dalam pengurusan kewangan.

Bagi permohonan temujanji sila layari: bit.ly/KewanganCovid19