Malaysia Dateline

Pemuda Amanah calon Dun Pulai Sebatang

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor hari ini telah menyenaraikan wakil dari kalangan pemudanya sebagai calon untuk Dun N54 Pulai Sebatang, Johor dalam menjelang Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang akan datang.

Perkara itu disahkan dalam satu majlis ‘Jamuan Kesyukuran dan Countdown 100 Hari PRU’ di Parit Haji Omar Pontian yang turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi AMANAH Negeri Johor.

Calon yang diketengahkan oleh Parti AMANAH adalah Ketua Pemuda Parti AMANAH Negeri Johor Taqiuddin Cheman (gambar atas tiga dari kiri) yang juga merupakan Exco Pemuda AMANAH Nasional.

Sememangnya sebelum ini, Taqiuddin telah lama menjalankan gerak kerja mendekati pengundi secara proaktif di kawasan tersebut yang mana ia terletak di bawah Parlimen Pontian yang kini disandang oleh Datuk Ahmad Maslan.

Sebelum ini Dun berkenaan telah dimenangi oleh calon dari MCA, Tee Siew Kiong dengan majoriti 3,412 undi melawan calon dari Pas Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood.

Kerusi Pulai Sebatang sebelum ini telah dilihat sebagai kerusi yang berpotensi bagi dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) setelah melihat prestasi yang mengalakkan dalan PRU sebelum ini.

Untuk membariskan gerak kerja yang lebih mantap, AMANAH berpandangan kesesuaian kerusi tersebut adalah bertepatan dengan calon yang dipamirkan di kalangan Pemuda.

Antara ahli kawasan yang hadir dalam Majlis Kesyukuran dan 100 HariĀ  Menjelang PRU diadakan di Pontian hari ini.