Malaysia Dateline

Pemuda AMANAH dedah kenapa rakyat Kelantan lebih suka bercuti ke Terengganu

Pemuda AMANAH mendedahkan kenapa rakyat Kelantan lebih suka ke Terengganu ketika cuti sama ada cuti umum atau cuti sekolah.

Forum Masa Depan Kelantan: Anak Muda yang berlangsung semalam telah mengetengahkan tiga ahli panel pemuda dari AMANAH, Pas dan Umno di mana masing-masing bercakap soal masa depan anak muda di negeri itu.

Ketua Pemuda AMANAH Kelantan Hazmi Hassan berkata Terengganu mempunyai pantai yang menarik sebab itulah menjadi tarikan utama rakyat Kelantan.

Pemuda AMANAH dedah kenapa rakyat Kelantan lebih suka bercuti ke Terengganu
Ketua Pemuda AMANAH Kelantan Hazmi Hassan

Malangnya kata beliau, kerajaan Pas Kelantan tidak memanfaatkan kedudukan beberapa kawasan di pesisir pantai untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.

“Misalnya Kelantan negeri di pesisir pantai. Daripada Pasir Putih sampai ke Tumpat, apa yang kerajaan hari ini buat atas kurniaan Allah dengan adanya pesisir pantai.

“Di Kelantan seperti di kawasan ADUN Fathan nama pantai nusuk (tersorok) ia bukan dibuat kerajaan tetapi rakyat.

“Kalau kerajaan bangunkan pesisir pantai sekali gus wujud peluang pekerjaan dengan meningkatkan industri pelancongan, saya kira ia boleh membuka peluang pekerjaan yang banyak,’ kata beliau yang menawarkan peluang pekerjaan di negeri itu jika diberi mandat.

Peserta forum dari ketiga-tiga parti hadir memenuhi dewan

Berdasarkan fakta, katanya pelancong dari negeri lain mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa tetapi tidak minum walau secawan kopi di Kelantan kerana mereka akan terus ke Terengganu untuk bercuti di pulau yang cantik seperti Pulau Perhentian.

“Tiap masa lapangan kita sibuk kecuali pandemik ramai pelancong datang ke Kelantan malangnya pelancong tidak minum segelas atau secawan kopi di Kelantan tetapi mereka terus ke Terengganu Pulau Perhentian dan kini sempadan buka di Golok mereka akan terus ke Golok.

“Rekreasi anak muda perlu ada untuk mereka rehatkan minda, sehingga ada satu tahap kita terpaksa berbelanja lebih dan pergi ke Terengganu.

“Tetapi kalau kita ke Terengganu, bukan tempat maksiat tetapi kita mungkin hendak bawa anak-anak dan keluaga tengok wayang cerita Boboi Boy selain bercuti di pantai yang cantik,” katanya lagi.

Baca juga: Perlu atau tidak raikan pelajar SPM cemerlang?

Baca juga: Saintis China dakwa air boleh wujud di bulan