Malaysia Dateline

Pemuda AMANAH Demak Laut sumbang air mineral, kurma sempena Ramadan

Pemuda AMANAH Cawangan Demak Laut telah menyampaikan sumbangan air mineral dan kurma kepada masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut sempena Ramadan kali ini.

Menurut Ketua Pemudanya, Iswandy Abdullah, program sumbangan berkenaan merupakan aktiviti tahunan yang telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu.

Katanya, setiap masjid dan surau terpilih telah menerima sumbangan lima kotak air mineral manakala kurma pula diagihkan kepada penduduk kampung.

“Alhamdulilah…walaupun nampak sedikit tetapi ia amat bererti lebih-lebih lagi jika kita dapat menambahkan amal di bulan Ramadan ini.

“Dan..Alhamdulilah, sambutan yang diterima masyarkat setempat dengan pemberian yang sekecil ini sangat menggalakkan.

“Justeru, yang penting pemberian atau sumbangan yang diberikan kita ikhlas tanpa prejudis kepada mana-mana pihak,” jelasnya.

Iswandy berkata, Pemuda AMANAH Demak Laut akan terus mengadakan program tersebut sepanjang Ramadan ini selain menyantuni keluarga yang kurang berkemampuan.

Tambah beliau lagi, dengan bantuan yang disampaikan itu, sedikit sebanyak meringankan beban keluarga kurang berkemampuan untuk menyediakan makanan berbuka puasa kepada anak-anak mereka.

“Alhamdulilah…inilah hikmahnya dalam bulan Ramadan ini apabila kita saling berkongsi rezeki walaupun sedikit,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Cawangan AMANAH Demak Laut, Mohd Zen Haji Peli berkata, beberapa lagi program kebajikan akan diadakan sepanjang Ramadan ini.

Katanya, fokus program yang dilaksanakan itu ialah menyampaikan sumbangan berupa makanan asas selain berbuka puasa bersama dengan keluarga asnaf dan anak-anak yatim.

“Semoga aktiviti yang diadakan ini berupaya menyemaikan silaturahim antara jentera AMANAH Demak Laut dengan masyarakat atau penduduk di sekitarnya,” tambah Mohd Zen.