Pemuda Amanah desak MB Terengganu segera bubar Dun

 

 

 

 

 

 

 

Pemuda Amanah Negeri Terengganu mendesak Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman  agar segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terenggganu.

Pemuda Amanah desak MB Terengganu segera  bubar Dun

Pemuda Amanah Negeri Terengganu menggesa Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman  agar segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terenggganu.

 Ketua Pemudanya Hasbi Muda berkata, hal ini berikutan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Ahmad Razif yang lemah dan tidak stabil ketika ini.

“Lebih memburukkan keadaan apabila istana sendiri seolah-olah tidak mengiktiraf beliau apabila menarik semula gelaran kebesaran yang telah dikurniakan sebelum ini.

“Gesaan ini selaras dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu dan Menteri Besar sewajarnya bertindak cepat untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Walau keadaan mungkin sukar buat pembangkang memandangkan Pas sendiri seolah-olah tiada “political will” untuk menggantikan Umno sebagai kerajaan, ” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenytana itu juga menyebut Pemuda Amanah Terengganu bersedia untuk berunding dengan semua pihak, khususnya kelompok-kelompok anak muda, asalkan sahaja Umno ujarnya, tidak kembali menjadi kerajaan yang akan mentadbir Terengganu kelak.

Dilaporkan menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 8 Ogos ini, politik Terengganu kembali panas kononnya besar kemungkinan akan berlaku sekali lagi undi tidak percaya terhadap kerajaan negeri ekoran cadangan memecat bekas MB Datuk Seri Ahmad Said dari Umno.

Ia dinyatakan sendiri oleh Exco kerajaan negeri yang juga Adun BN Ajil, Ghazali Taib dalam satu kenyataannya hari ini.

Exco Komunikasi dan Multimedia dan Pengerusi Jawatankuasa Tugas Khas itu dipetik berkata, ini berikutan desakan menteri besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman agar bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said dipecat dari Umno.

Kebimbangan dilihat di kalangan warga Terengganu dan majoriti Adun disebabkan oleh senario politik yang keliru dan tidak stabil di negeri itu kini.