Pemuda Amanah gerakan mobilisasi himpunan  #TangkapMO1 di Kuala Lumpur

Pemuda Amanah gerakan mobilisasi himpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur

Pemuda Amanah mengajak semua rakyat Malaysia, berhimpun pada 27 Ogos ini di Kuala Lumpur untuk komited memastikan semua tertuduh yang terlibat dalam skandal mega 1MDB meletakkan jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah segera.

Mohd Sany HamzanPemuda Amanah mengajak semua rakyat Malaysia, berhimpun pada 27 Ogos ini di Kuala Lumpur untuk komited memastikan semua tertuduh yang terlibat dalam skandal mega 1MDB meletakkan jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah segera.

Ketua Pemudanya Mohd Sany Hamzan berkata, usaha gerakan mahasiswa dan anak muda menganjurkan himpunan aman dengan mesej jelas – #TangkapMalaysianOfficial1 atau ringkasnya #TangkapMO1  yang  perlu didokong seluruh pihak khususunya dikalangan mereka, memusuhi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Keberanian anak-anak muda ini wajar penjadi pedoman buat semua pemain-pemain politik, aktivis-aktivis sosial dan NGO untuk turun memenuhi Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2016.

“Atas maksud memberi sokongan kepada himpunan tersebut, Pemuda Amanah komited untuk menggerakkan seluruh anggotanya di segenap pelusuk tanah air untuk turun dan bersama-sama mahasiswa dan anak-anak muda merealisasikan tuntutan himpunan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya,Pemuda Amanah menyedari walaupun laluan berliku bakal dihadapi namun dilihat mampu memberi ruang untuk proses reformasi seterusnya, membubarkan Parlimen dan memilih Perdana Menteri baharu melalui ruang pilihanraya umum.

Ini sejajar dengan usaha dilakukan Pemuda Amanah  semalam apabila menghantar memorandum untuk mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara menitahkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat sekarang untuk melepaskan jawatan.

 

TAGS