Malaysia Dateline

Pemuda AMANAH harus gali lebih banyak idea, cadangan dasar yang diperlukan anak muda

Pemuda AMANAH harus menggali lebih banyak idea untuk mencadangkan dasar-dasar baru yang diperlukan anak muda bagi mengatasi semua isu-isu disekeliling mereka.

Naib Presiden AMANAH Adly Zahari anak muda hari ini sedang menghadapi tekanan dalam pelbagai isu under-employment, kos pemilikan rumah yang sangat tinggi, isu graduan menganggur, anak muda terpaksa buat dua hingga tiga kerja sehari serta kos sara hidup yang makin tinggi.

“Ini adalah isu yang sedang membelenggu kehidupan anak muda di negara ini.

“Peranan Pemuda AMANAH pasca Langkah Sheraton amat mencabar. Semangat anak muda untuk ambil tahu hal politik makin pudar dari hari ke hari,” katanya.

Pemuda AMANAH harus gali idea lebih banyak, cadangan dasar yang diperlukan anak muda
Adly Zahari bersama Ketua Pemuda AMANAH Hasbie Muda

Justeru beliau yakin dan percaya jika kepimpinan Pemuda AMANAH Nasional yang ada hari ini bijak menyampaikan mesej dan maklumat kepada pengundi muda, insyaAllah orang muda akan kembali ambil tahu isu-isu negara.

Beliau berkata demikian dalam program retreat Jawatankuasa Pemuda AMANAH Nasional bagi menghadapi PRU ke-15 yang bakal tiba tidak lama lagi.