Pemuda AMANAH Kedah dapat ketua baharu

Pemuda AMANAH Kedah dapat ketua baharu
Ahmad Firdaus Ahmad Shater (kiri) bersalaman dengan bekas Ketua Pemuda AMANAH Kedah Adun Kubang Rotan Asmirul Anuar Aris

Pemuda AMANAH Kedah telah selesai mengadakan pemilihan kepimpinan baharu untuk sessi 2019 hingga 2022 dalam Konvensyen ke-3 di Dewan PLKN, Kampung Telok Nipah, Kota Kuala Muda semalam.

Konvensyen yang di rasmikan oleh Ketua Pemuda Nasional Sany Hamzan, telah memilih Ahmad Firdaus Ahmad Shater sebagai Ketua Pemuda AMANAH yang baharu

Manakala Nabel Asyraf Asmi sebagai timbalannya diikuti dua orang Naib iaitu Abdullah Sadiq Mohd Nasir dan Mohamad Fuad Md Nawawi.

Firdaus Shater sebelum ini merupakan setiausaha AMANAH Kawasan Kuala Kedah dan bekas Pensyarah Pusat Pengajian Tinggi dalam bidang komputer.

Ketua Pemuda sebelum ini adalah Adun Kubang Rotan Asmirul Anuar Aris yang juga Timbalan Ketua AMANAH Kuala Kedah tidak bertanding kerana telah melepasi umur pemuda.

Beliau, mengharapkan seluruh pemuda AMANAH akan memberi fokus kepada kelangsungan perjuangan pemuda AMANAH membawa Islam Rahmatan Lil ‘Alameen.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah Dato Phahrolrazi Zawawi menekankan kepentingan pemuda melibatkan diri dalam pelbagai bidang kehidupan masyarakat terutama di bidang ekonomi.

Ketika berucap merasmikan konvensyen itu, Sany pula menegaskan pemuda hendaklah berkempen secara sihat dan memastikan usaha untuk menumpukan kepada pengukuhan AMANAH apabila selesai pemilihan nanti.

Perjalanan pemilihan dikendalikan oleh JK Pemilihan AMANAH Kedah.