Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pemuda AMANAH Kelantan lapor polis terhadap ustaz selebriti
Laporan polis oleh Pemuda AMANAH Kelantan terhadap ustaz selebriti berhubung isu fitnah Tabung Haji

Pemuda AMANAH Kelantan lapor polis terhadap ustaz selebriti

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 21, 2020 4:58 pm




Pemuda AMANAH Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap seorang ustaz selebriti berhubung isu fitnah berhubung pengambilalihan Tabung Haji.

Menurut Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Kelantan Abdullah Zawawi Wahab ustaz berkenaan di dalam kuliahnya secara terang-terangan menipu dan menghasut kononnya kerajaan telah menjual aset Tabung Haji kepada orang kafir.

Beliau bersama Jawatankuasa Pimpinan Pemuda AMANAH Kelantan Muhammad Zulhilmi Zamri telah membuat laporan tersebut di Balai Polis Kota Bharu petang ini.

“Kami mendesak pihak berkuasa supaya bertindak melalui Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, supaya menjadi pengajaran kepada kesemua agamawan agar berhati-hati.

“Kami juga terpaksa bertindak supaya kesucian dakwah Islam tidak tercemar dengan tindak tanduk yang salah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, gejala fitnah, menghasut dan menebar kebencian, dan juga fahaman ekstrim takfiri makin menebal dalam negara ini, dan sedang cuba dihidupkan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan politik.

Keterbukaan kerajaan hari ini, katanya, telah dimanipulasi untuk menimbulkan suasana yang menggugat keharmonian rakyat.

“Gejala fitnah ini bukan sahaja dimainkan dari kalangan rakyat biasa, malahan ianya turut disebarkan daripada kalangan ugamawan di medan-medan kuliah di masjid dan surau.

“Perbuatan terkutuk ini amat harus ditentang kerana ianya akan menimbulkan salah faham kepada kesucian Islam itu sendiri.

“Orang bukan islam akan melihat seolah-olah Islam membenarkan fitnah dan hasutan,” katanya.

Pemuda AMANAH Kelantan, tidak akan membiarkan tindakan yang mencemarkan Islam ini berleluasa dan akan sentiasa bertindak mengikut lunas undang-undnag untuk mengekang perkara ini.

Kerajaan Malaysia Baharu adalah satu kerajaan rakyat yang amat terbuka menerima kritikan dan teguran bagaimanapun jelasnya, ianya bukanlah bermaksud harus menerima perbuatan fitnah dan hasutan.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production