Pemuda AMANAH Kelantan puji JPS

Pemuda AMANAH Kelantan puji JPS

Tindakan segera Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) membina benteng hakisan di Pantai Kundur mendapat pujian pemuda AMANAH Kelantan.

Ketuanya Hazmi Hassan mengucap tahniah atas sikap prihatin jabatan itu yang memberi kelegaan kepada penduduk.

Pantai ini didiami penduduk pinggir pantai yang sentiasa bimbang bila datang musim tengkujuh.

“Kawasan ini memiliki bahagian pantai indah yang boleh dimajukan sebagai destinasi pelancongan menarik,” katanya ketika melawat kerja-kerja yang sedang dijalankan JPS petang semalam.

Sejak Ogos lalu, pemuda AMANAH melalui inisiatif eco-AMANAH membina peralatan santai tepi pantai di kawasan itu.

Menurut Hazmi, semasa Datuk Husam menjadi Adun Kijang, beliau telah menanam pohon-pohon ru yang kini menjadi kawasan yang amat sesuai sebagai tempat pelancongan.

“Pihak kami telah mendirikan buaian dan beberapa peralatan lain sebagai kemudahan untuk orang ramai bersantai,” katanya

Hazmi turut memberitahu beliau telah bertemu penduduk yang juga amat berterima kasih atas tindakan JPS itu.

“Semalam saya menziarahi Pak Cik Isa salah seorang penduduk di sini yang menyatakan kebimbangan kerana masalah hakisan yang begitu kritikal.

“InsyaAllah malam ini Pak Cik Isa sekeluarga serta penduduk kampung boleh tidur lena,” katanya.

Foto atas:

Hazmi melawat kerja-kerja yang dilakukan JPS di Pantai Kundur, Pengkalan Chepa.

8.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS