Pemuda AMANAH Kelantan sumbangkan pek sarapan untuk mangsa banjir

Pemuda AMANAH Kelantan sumbangkan pek sarapan untuk mangsa banjir

Misi bantuan banjir memulakan tugas pagi ini dengan membahagi-bahagikan bantuan makan pagi kepada mangsa-mangsa yang terkandas di rumah masing-masing.

“Keadaan banjir bertahan dan pergerakan untuk surut sangat perlahan,” kata Ketua Pemuda AMANAH Kelantan Zulhazmi Hassan yang mengetuai pasukan bantuan itu.

Mereka mula bergerak dari bilik gerakan banjir di Pajak Song, Seberang Prai Tengah.

“Kami bermula di pusat pemindahan Lubuk Meriam untuk menemui mangsa di beberapa kampung di sekitarnya.

“Kebanyakan mangsa memang tiada bekalan untuk makan pagi kerana rumah masing-masing tengelam purata sekitar setengah meter.

“Malam tadi masing-masing tidur dalam kereta atau khemah sementara di tepi-tepi jalan kerana tidak mahu ke pusat pemindahan kerana bimbang keselamatan barang-barang dalam rumah,” ujarnya.

Kanak-kanak katanya amat terkesan kerana tiada bekalan makanan.

“Bila kami tiba jelas mereka begitu perlukan bantuan dan berlari-lari ketempat kami membahagi-bahagikan makanan.

“Jenis makanan yang perlu sekarang ialah bahan yang boleh terus di makan seperti biskut, roti, kerepek atau keropok yang sesuai.

Pasukan itu bagaimanapun mempunyai bekalan amat terhad dan hanya sempat mnyampaikan 1,000 pek untuk sarapan.

“300 pek bihun kami masak di bilik gerakan manakala selebihyan pek biskut dan roti yang kami sempat kumpul sebelum bertolak semalam.

“Keadaan memang masih sukar dan segala bentuk sumbangan amat diperlukan.

“Para penyumbang bolehlah sampaikan bantuan kepada kami melalui saluran-saluran yang telah kami tularkan melalui laman facebook Pemuda Amanah Kelantan,” katanya.