Malaysia Dateline

Pemuda AMANAH mahu 50 kerusi berbanding 27 pada PRU15

Perwakilan Pemuda AMANAH mendesak kepimpinan peringkat Nasional untuk menentukan sama ada mahu merampas semula kuasa persekutuan atau bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketika membahas pidato ucapan Presiden, Hisyamuddin Ghazali berkata, AMANAH perlu berbincang tentang agihan kerusi sekurang-kurangnya menetapkan 50 kerusi diperuntukkan kepada parti berbanding 27 kerusi pada pilihanraya lalu.

Tegasnya, kepimpinan AMANAH perlu memastikan jumlah kerusi berkenaan dipersetujui oleh semua komponen parti di dalam PH Plus sebelum satu kolisi raksasa dilaksanakan.

“Soal kerusi, kami mencadangkan AMANAH sekurang-kurangnya pada PRU akan datang menetapkan agar PH Plus dapat memperuntukkan minimum 50 kerusi Parlimen. Kalau boleh semua setuju.

“Bersatu dan PKR dah lompat (sertai Perikatan Nasional). Di situ terdapat 52 kerusi kosong. Sebelum adakan kolisi raksasa, saya minta jasa pimpinan untuk selesaikan dahulu agihan kerusi,” katanya dalam Konvensyen AMANAH Nasional hari ini.

Pada masa sama katanya, parti juga perlu berani memberi peluang kepada muka baru dan anak muda untuk mewakili AMANAH dalam pilihanraya akan datang.

“Kita nak kukuhkan parti dengan mengambil alih mandat rakyat atau nak hadap pilihanraya? Kita kena ‘firm’. Tentukan mana pemberat utama kita.

“Beri peluang sebaiknya pada muka baru agar perubahan bukan shaja pada AMANAH, tetapi supaya AMANAH jadi model untuk lakukan perubahan dan tak terikut bekas parti lama kita,” katanya.