Pemuda Amanah mahu Noh Omar mohon maaf ‘promosi’ tidak langsung syarikat tipu jual rumah

Oleh MALAYSIADATELINE

Tan Sri Noh Omar perlu bertanggungjawab dan tampil kehadapan sekali lagi dengan memohon maaf kepada orang ramai di atas tindakan beliau hadir dalam suatu majlis rasmi sebuah syarikat yang dipercayai terbabit dalam kegiatan menipu pembeli dalam projek rumah murah yang ditawaran DBI Properties Sdn Bhd.

Pengerusi Biro Perumahan Pemuda Amanah Ammar Atan berkata, atas kekurangan maklumat dan secara tidak sengaja Menteri Kemajuan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu dakwanya, telah mempromosi syarikat tersebut dengan kehadiran beliau dalam suatu majlis rasmi syarikat itu.

“Tindakan Tan Sri Noh Omar menghadiri suatu program khas bersama DBI Properties dengan pengarahnya Datuk Nuruliman A.Rahman adalah sangat mendukacitakan.

“Sungguhpun kehadiran beliau atas dasar untuk menggalakkan pemain-pemain swasta membina lebih banyak rumah dengan kos yang rendah, tetapi tindakan beliau telah memberi jalan mudah skandal penipuan ini mendapatkan mangsa yang lebih banyak dengan menggunakan kehadiran menteri sebagai lesen,” ujarnya.

Katanya lagi apabila seorang menteri KPKT hadir dalam satu acara rasmi syarikat tersebut dan secara tidak langsung orang ramai melihat bahawa syarikat ini seolah-olahnya diiktiraf kerajaan.

Jumlah kerugian yang dihadapi mangsa melalui skandal penipuan ini seperti yang dilaporkan media mencecah RM6.2juta melalui dua syarikat berkenaan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Mangsa-mangsa kebanyakannya adalah daripada rakyat berpendapatan sederhana bawah dan rendah.

Sebagai rekod Noh dalam satu kenyataan pada 23 September dipetik berkata beliau terkejut apabila namanya dikaitkan dengan skim perumahan yang diusakana oleh syaratikat tersebut.

Bagaimanapun Noh berkata, video yang dimuat naik dan tular itu ketika beliau hadir pada Majlis Jamuan Hari Raya dan menafikan ia program rasmi DBI Properties.

Kata Noh lagi sebelum beliau pulang telah diminta oleh Nurul Iman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman untuk merasmikan ibu pejabat DBI Properties dan diminta untuk berucap,katanya.

Bahkan Noh dalam kenyataan juga menerangkan syarikat tersebut tiada kaitan dengan KPKT kerana sikim perumahan yang ditawarkan itu tidak dilesenkan dibawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan Perlesenan) 1996 (Akta 118). Skim seperti ini ujar Noh lagi tidak melindungi hak pembeli dan uruan juga tidak terjamin.

Semalam Mahkamah Majistret Muar membenarkan tahanan reman selama dua hari bermula hari ini terhadap Boy Iman bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Nor’iza Mohamad di Kompleks Mahkamah Muar.

Sebelum ini, pelakon berusia 37 tahun, juga direman di Ampang selama dua hari bermula Selasa lalu (3 Oktober) kemudiannya ditahan semula petang semalam, sebelum dibawa ke ibu pejabat polis daerah Muar.

Suspek dipercayai menawarkan rumah kepada mangsa dengan harga sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi, tetapi setelah bayaran dilunaskan pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.