Malaysia Dateline

Pemuda AMANAH minta Tun M henti serang Anwar tumpu ‘grand coalition’

Sebaliknya, Mahathir digesa untuk menerima tawaran Anwar Ibrahim untuk duduk berunding bersama Pakatan Harapan dalam merangka hala tuju baharu pembangkang.

Ketuanya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, sikap Tun Mahathir yang berkali-kali menyerang Anwar Ibrahim yang dilihat sekadar mengeruhkan keadaan.

“Merealisasikan ‘grand coalition’ memerlukan kesepakatan semua pembangkang dan menuntut perdamaian antara dua tokoh besar Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim untuk duduk semeja dan berunding,” katanya.

Dr Mahathir dilaporkan mengkritik Anwar Ibrahim yang gagal membuktikan dakwaannya pada September lalu bahawa dia ada majoriti yang “kukuh dan meyakinkan” untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Susulan kenyataan Mahathir itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir berpandangan sudah tiba masanya untuk Pakatan Harapan ‘move on’ daripada episod kerjasama dengan Tun Dr Mahathir.