Pemuda Amanah mohon maaf kepada wartawan

Pemuda Amanah mohon maaf kepada wartawan

Pemuda Amanah memohon maaf kepada wartawan yang tersinggung dengan sikap Hasnol Zulkarnain, Naib Ketua Pemuda Amanah Perak yang berkasar dengan mereka ketika kekecohan di pejabat Amanah Kuala Kangsar semalam.

Pengarah Komunikasi, Pemuda AMANAH Nasional, Khairol najib Hashim berkata, sempena dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini, Pemuda Amanah Nasional mewakili pihak Hasnul memohon maaf atas apa yang telah berlaku, dan berharap perkara sebegini tidak  berulang lagi pada masa mendatang.

Katanya, Amanah mengambil maklum insiden yang berlaku di Pejabat Amanah Kuala Kangsar semalam dengan wartawan yang bertugas.

Menurutnya, terdapat unsur pencerobohan berlaku di premis itu semalam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan memerlukan kawalan rapi daripada pihak keselamatan Amanah.

“Kejadian berlaku dalam keadaan kelam kabut dan kawalan emosi petugas sememangnya terganggu pada waktu berkenaan.

“Pertengkaran antara Hasnul dan wartawan berlaku sebaik sahaja insiden pencerobohan itu berlangsung dan kawalan di premis diperketatkan,” katanya.

Katanya, perkara sebegini sepatutnya dielakkan terutamanya hubungan baik yang sedia terjalin antara parti politik baru seperti Amanah dengan pihak media perlu dijaga dan dikekalkan dalam membawa terma kebebasan media.

COMMENTS

Wordpress (0)