Malaysia Dateline

Pemuda AMANAH Perak gerakkan seluruh jentera santuni pengundi di Melaka

Pemuda AMANAH Negeri Perak akan menggerakkan seluruh jentera Pemuda bagi menyantuni pengundi di Melaka dalam pelbagai segmen kempen yang dilaksanakan samada secara tradisional maupun media baru bagi merealisasikan aspirasi rakyat negeri Melaka yang ingin melihat Adly Zahari menerajiui kembali negeri tersebut.

MOHD IKHMAL

Menurut Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Perak, Mohd Ikhmal Mohd Iskandar, Pemuda AMANAH negeri Perak menyambut baik pengumuman Pakatan Harapan ((PH) yang menamakan Adly sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya berjaya memenangi pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

“Pengumuman ini merupakan suatu pengumuman yang ditnggu-tunggu oleh rakyat negeri Melaka dalam perhitungan mereka meneliti siapa calon pilihan mereka falam PRN kali ini.

“Rekod pencapaian yang sangat baik semasa era PH menerajui kepimpinan negeri Melaka serta pengumuman Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan memberi suatu gambaran yang jelas bahawa PH bersedia untuk memerintah semula negeri Melaka.

“Ianya amat berbeza dengan Barisan Nasional maupun Perikatan Nasional yang menjadikan PRN negeri Melaka hanya sebagai medan untuk menguji sokongan sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-15 yang akan datang,” ujar beliau.

Malah katanya lagi, semua pengundi negeri Melaka diseru supaya memilih warna merah yang lebih berwibawa jika dibandingkan dengan warna biru yang serba tidak kena.