Malaysia Dateline

Pemuda AMANAH Permatang Pauh turun padang rentas kampung

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang maupun menyekat amalan dan ibadah yang harus dilaksanakan sempena bulan ramadan yang mulia.

Bagi merebut peluang ibadah tersebut, Program ‘Dapur Ramadan’ yang dianjurkan oleh Pemuda AMANAH kawasan Permatang Pauh telah masuk siri ke lima semalam.

Menurut Setiausaha Pemuda kawasan, Mustaqim Rosidi, jawatankuasa Pemuda kawasan telah turun mengedarkan juadah untuk berbuka puasa dengan mengedarkan pek berbuka puasa.

Katanya lagi, agihan juadah berbuka puasa tersebut diagihkan kepada penduduk kampung sekitar kawasan Permatang Pasir dan Pengkalan Kota.

Tambah beliau sebanyak 50 pek makanan telah pun diedarkan dan Pemuda AMANAH kawasan Permatang Pauh masih lagi mengalu-alukan sumbangan masyarakat bagi mencambahkan lagi sumbangan untuk program ‘Dapur Ramadan’ tersebut.

Turut sama turun padang mengedarkan juadah makanan tersebut ialah Timbalan Ketua AMANAH kawasan Permatang Pauh, Termizi Jusoh.