Pemuda Amanah persiap calon ‘boleh menang’ pada PRN Sarawak

Pemuda Amanah persiap calon ‘boleh menang’ pada PRN Sarawak

Pemuda Amanah kini dalam rangka kerja turun ke beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dalam usaha mendekatkan calon-calon bawah 39 tahun untuk diketengahkan dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawa yang akan diadakan beberapa bulan sahaja lagi.

Sungguhpun memasuki PRN buat kali yang pertama, calon-calon yang bakal diketengahkan Pemuda Amanah untuk dihantar ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) rata-ratanya adalah anak muda yang berpengalaman mewakili komuniti dalam isu-isu penduduk serta memahami senario politik di Bumi Kenyalang.

“Pemuda amanah optimis bahawa calon-calon yang bakal diketengahkan kelak mampu melunaskan aspirasi rakyat Sarawak yang mahu anak muda tempatan berjuang membela hak Negeri Sarawak secara jujur dan telus.

“Calon-calon akan fokus pada gagasan perjuangan yang lebih tuntas. Memastikan setiap sen kekayaan negeri dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat Sarawak tanpa mengira latar belakang keluarga atau kepercayaan. Gagasan ini wajib tertunai sekiranya mereka menang dalam PRN kali ini,” ujar Taqiyuddin Cheman Pengarah Pilihan Raya Pemuda Amanah Nasional dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Taqiyuddin lagi Pemuda Amanah bercita-cita jauh mahu memperkasakan elemen semak dan imbang dalam Dun Sarawak iaitu suatu yang amat diperlukan dan penting untuk membela nasib rakyat.

“Pemuda AMANAH juga berharap agar setiap Adun yang bakal dipilih dalam PRN kali ini – tidak mengira latar belakang parti – mempunyai keberanian yang cukup untuk mengatakan “TIDAK” dan nekad menolak kepimpinan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Razak,” ujarnya.

 

TAGS