Pemuda AMANAH rancang bina rumah mangsa Palu

Pemuda AMANAH rancang bina rumah mangsa Palu

 

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sany Hamzan memberitahu, pihaknya berhasrat untuk membina kediaman baharu bagi mangsa gempa bumi dan tsunami Palu.

Menurut Adun Taman Templer, Selangor itu, usaha tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan melibatkan 10 unit rumah terlebih dahulu sebagai projek perintis.

“Dalam misi kedua akan datang kita akan lebih menumpukan usaha untuk membina rumah baru bagi mangsa dilanda bencana gempa bumi dan tsunami di Palu.

Sany Hamzan menyerahkan sumbangan Pemuda AMANAH kepada penduduk melalui wakil anggota Tentera Indonesia, Agus di perkhemahan mangsa gempa bumi di Mamboro, Palu.

Baca: Tapak bencana jadi durian runtuh

“Walau bagaimanapun, ia bergantung pada hasil sumbangan masyarakat Malaysia yang peduli dengan ujian yang menimpa saudara-saudara kita di sini,” ujarnya selepas meninjau tapak pemindahan sementara mangsa gempa Palu di Mamboro hari ini.

Mengulas lanjut, usaha membina kediaman baru itu dengan kerjasama organisasi relawan Indonesia, Aksi Cepat Tanggap (ACT) yang antara terawal turun menyelamat ke lokasi bencana dahsyat melanda Pasigala (Palu – Sigi – Donggala).

Dalam hal berkaitan, aktivis ACT, Firdaus Guritno berkata, pihaknya menyasarkan pembinaan 1,000 unit hunian sementara kepada mangsa terlibat bergantung kepada pemerintah setempat.

Ujarnya, usaha tersebut melibatkan penyertaan masyarakat termasuk bergotong-royong membangunkan kediaman di kawasan masing-masing.

Sumbangan bagi mangsa gempa bumi di Palu boleh disalurkan kepada: