Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pemuda Amanah Sabah puji kepimpinan Ketua Menteri dalam aspek budaya, agama

Pemuda Amanah Sabah puji kepimpinan Ketua Menteri dalam aspek budaya, agama

BernamaJuly 23, 2019 7:00 am




Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah memuji pendekatan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terutama dalam memahami citra budaya dan agama di negeri ini.

Ketua Pemuda Amanah Sabah Khairuddin Daud berkata Mohd Shafie juga sentiasa komited memperkasa perpaduan serta keharmonian antara kaum dan agama seluruh rakyat Sabah, dan aspirasi itu dibuktikan menerusi ucapannya yang sarat dengan mesej berkenaan ketika mengadakan lawatan ke Tambunan baru-baru ini.

“Beliau (Mohd Shafie) mahu rakyat Sabah terdiri daripada pelbagai latar belakang terus bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama selain menekankan supaya rakyat tidak membuang masa dengan perbalahan agama dan bangsa yang merugikan.

“Perbalahan kaum dan agama hanya membawa kepada perpecahan selain melambatkan pembangunan negeri, oleh itu, rakyat Sabah perlu terus mengekalkan perpaduan bagi memastikan kemakmuran negeri dapat dikongsi bersama,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Khairuddin berkata Pemuda Amanah Sabah turut memuji ketua menteri kerana menekankan Islam sebagai agama rahmat untuk semua serta menghormati kebebasan beragama apabila mengumumkan sumbangan RM1 juta untuk tabung pembinaan Gereja St Theresa, Tambunan.

Beliau berkata kefahaman ketua menteri mengenai perkara itu adalah selaras dengan gagasan ‘Islam Rahmatan Lil Aalamin’ di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

‘China bina hospital dengan segera, Malaysia bina dewan ketika darurat’

China bina kem kuarantin tampung 4,000 pesakit Covid-19

MAFI dicadang segerakan Program Bakul Kasih Sayang bantu rakyat miskin

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production