Pemuda AMANAH Sabah turun padang bantu mangsa kebakaran di Putatan

Pemuda AMANAH Sabah turun padang bantu mangsa kebakaran di Putatan

Pemuda AMANAH Sabah turut tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kepada para penduduk yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih, Putatan Sabah baru-baru ini.

Sehubungan itu, ketuanya Khairuddin Daud berkata, Pemuda AMANAH Sabah dengan kerjasama ARiF Sabah, Petubuhan Muafakat Sabah (MUAFAKAT) dan Amal Relief Malaysia (ARM) telah melancarkan Misi Bantuan Bencana Kebakaran di kampung berkenaan.

Khairuddin menghulurkan bantuan kepada salah seorang mangsa.

Pada 11 Januari 2019, satu kebakaran besar telah berlaku di Kampung Pasir Putih, Putatan Sabah. Kebakaran besar yang berlaku telah memusnahkan lebih 50 buah rumah dan ratusan penduduk kampung hilang tempat tinggal.

Para penduduk yang terjejas kini ditempatkan di Dewan Masyarakat Putatan. Sejak kebakaran berlaku, bantuan daripada penduduk Sabah tidak henti-henti tiba di Pusat perpindahan sementara, Dewan Masyarakat Putatan.

Menurut Khairuddin, segala keperluan asas seperti makanan, air bersih, kit kebersihan, keperluan kanak-kanak dan wanita disalurkan oleh individu, badan bukan kerajaan dan parti-parti politik.

Begitu juga dengan para petugas dan sukarelwan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat turut membantu menguruskan keperluan para penduduk terjejas, katanya.

“Hal ini membuktikan masyarakat Sabah sangat peka dan prihatin terhadap nasib para penduduk terjejas. Perkara yang sama turut berlaku sewaktu kebakaran besar melanda Kampung Landung Ayang di daerah Kudat dua tahun lepas.

“Masyarakat Sabah berpusu-pusu datang menghulurkan bantuan. Inilah semangat perpaduan yang mesti terus dikekalkan,” jelas beliau.

Loading...

Tambah beliau, menerusi Misi ini, orang ramai boleh menghulurkan bantuan samada dalam bentuk keperluan asas mahupun wang menerusi akaun NGO MUAFAKAT: 560232126858 (Maybank) atau menghantar bantuan terus ke Pusat Misi bencana, Pejabat Parti Amanah Negara Sabah, Lot 13, tingkat 1, Blok B, Lorong Plaza Permai, Alamesra Shop, Sulaman Coastal Highway, 88400 Kota Kinabalu, Sabah dan menghubungi urusetia kami ditalian: 019 609 1828.

“Diharap dengan sumbangan yang diberikan akan dapat meringankan beban para mangsa kebakaran yang terjejas,” katanya lagi.