Pemuda AMANAH Selangor ziarah kuil seru pertahan keharmonian

Pemuda AMANAH Selangor ziarah kuil seru pertahan keharmonian

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Danial Al-Rashid Haron menyeru semua lapisan masyarakat agar mempertahankan keharmonian dengan mengelak daripada menyebarkan hasutan.

Menurutnya, penyebaran maklumat tidak benar menyebabkan tercetusnya salah faham dengan pihak yang tidak bersalah menjadi mangsa termasuk kerosakan harta awam.

Beliau juga menyokong ucapan Perdana Menteri dan menyeru supaya semua pemimpin berkepentingan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa.

“Semua pihak perlu meletakkan kepentingan menjaga keharmonian dan ketenteraman awam lebih tinggi dari agenda pihak yang berkepentigan dalam masalah ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menyedari pentingnya hubungan antara kaum dan agama dipelihara, Pemuda AMANAH Selangor semalam melakukan lawatan muhibbah ke kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 7 Shah Alam.

“Pemuda AMANAH Selangor percaya semua lapisan masyarakat tidak kira latar belakang kaum dan agama inginkan kehidupan yang aman dan harmoni dan yakin pihak berkuasa akan melaksanakan tugasnya dengan adil dan saksama,” tambahnya lagi.

Loading...