Pemuda AMANAH selar Pas pertahan GST, skandal 1MDB

Pemuda AMANAH selar Pas pertahan GST, skandal 1MDB

Pemuda AMANAH Nasional mempersoal pendirian pemimpin Pas yang menganggap tawaran Pakatan Harapan untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai tidak realistik sebaliknya membisu dalam isu 1MDB. `

Timbalannya, Faiz Fadzil berkata, kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mempertahankan cukai enam peratus itu menunjukkan hala tuju parti tersebut menyokong dasar regresif dan zalim pemerintahan Umno-BN.

Menurutnya, Pas gagal memberikan tawaran yang realistik bagi mengatasi bebanan rakyat akibat GST yang menyaksikan harga barang melonjak selepas dua tahun dilaksanakan.

Pada masa sama, Pas, jelasnya, mempertahankan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekali gus isyarat jelas bahawa parti itu tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat.

“Ironinya, dalam pada masa yang sama Pas tidak pula mendakwa hasrat kerajaan untuk menutup 1MDB selepas pinjaman selesai dibayar tidak realistik, walaupun menyedari bahawa hutang 1MDB ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

“Terbaru, kerajaan dikatakan terpaksa berhutang RM2 bilion untuk membeli semula projek Exchange 106 di TRX daripada ¬†Mulia Group.

“Bukankah penutupan 1MDB selepas langkah-langkah rasionalisasi 1MDB melibatkan wang rakyat?” bidasnya dalam satu kenyaan.

Faiz berkata, selain bebanan hutang puluhan bilion ringgit, 1MDB menjadi skandal penyelewengan wang negara hampir RM20 bilion yang kini menjadi subjek siasatan di seluruh dunia termasuk oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

“Bukankah penutupan 1MDB tanpa penjenayah-penjenayah yang menyeleweng wang 1MDB termasuk Jho Low dan MO1 didakwa, merupakan satu langkah menyelamatkan mereka daripada jerigi besi Sungai Buluh?

“Sikap membisu Pas dalam isu 1MDB menunjukkan ketidakprihatinan mereka terhadap masalah bebanan hidup rakyat kerana skandal mega ini memberikan kesan kepada nilai mata wang negara yang menyebabkan kenaikan harga barang dan kesusutan hasil negara,” jelasnya.

Tambahnya lagi, kerajaan terpaksa mengenakan GST bagi menampung kekeringan kantung negara disebabkan oleh ketirisan wang negara akibat skandal-skandal penyelewengan terutama 1MDB.

6.3
OVERALL SCORE
3 user votes x 8.3
CATEGORIES