Pemuda AMANAH sokong atlet patuh syariah

Pemuda AMANAH sokong atlet patuh syariah

Muriza Hazrul Abdul Muhi.

Mengambil semangat Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan Islam sebagai Agama Persekutuan, kerajaan, syarikat dan mana mana badan pertubuhan sukan seharusnya membantu mana mana penganut agama Islam untuk melaksanakan tuntukan ajaran Islam dengan sebaik yang mungkin.

Demikian pandangan Pengarah Biro Sukan Seni Budaya Pemuda AMANAH Muriza Hazrul Abdul Muhi.

Dalam kenyataan beliau berkata AMANAH sebagai sebuah parti yang membawa slogan Rahmatan lil Alamiin, mahu menyarankan kepada pertubuhan yang berkaitan dengan sukan untuk memberi kelonggaran syarat dari segi berpakaian untuk atlet  beragama Islam sekiranya mereka ingin mengenakan pakaian menutup aurat

“Kita harus sedar, kadangkala syarat berpakaian untuk sukan ini, tidak mempunyai asas kukuh dan boleh ditukar begitu sahaja – contohnya BWF, pada tahun 2011 mewajibkan pemakaian skirt untuk atlit perempuan dikatakan untuk menjadi penarik kepada sukan berkenaan, dan tidak sampai 1 tahun, terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana mendapat tentangan dari sejumlah negara negara anggota

“Pemuda AMANAH bersedia untuk berbincang dengan YB Menteri KBS bagi memastikan para atlet selesa dalam mengenakan pakaian yang bersesuaian dan pada masa sama dapat meningkatkan prestasi terbaik dalam sukan yang diwakili,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas mengenai kenyataan dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dipetik berkata Menentukan pakaian yang harus dikenakan oleh para atlet adalah perkara membimbangkan kerana masa depan sukan seperti gimnastik, renang, dan bina badan akan terjejas.

Beliau berkata demikian kerana mengulas kenyataan mengenai ahli sukan Terengganu harus memakai pakaian patuh syariah mulai 2019 dikeluarkan oleh kerajaan negeri Terengganu pimpinan Pas itu.

Menurut Muriza Hasrul lagi, Pemuda Amanah mencadangkan KBS, Atlit, Agamawan Dan Pertubuhan Sukan untuk mengadakan perbincangan supaya satu keputusan dapat dibuat bagi memastikan apa jua isu dan keperluan berkaitan Sukan akan memberi manfaat kepada semua pihak.

“Kerjasama semua sangat dituntut bagi memenuhi agenda sukan sebagai wadah memperkasakan kesihatan selari tuntutan Al Quran dan sukan diangkat sebagai lapangan realiti mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia

“Sebagai sebahagian daripada kerajaan di peringkat persekutuan, AMANAH mengingatkan agar kuasa yang diberikan oleh rakyat digunakan dengan baik selaras dengan kehendak Agama Islam agar sifat inklusif dipamer melalui dasar yang mesra Islam sebagai Rahmat Kepada Sekalian Alam,” ujarnya.