Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pemuda AMANAH Tanjung Manis pergiatkan program kebajikan

Pemuda AMANAH Tanjung Manis pergiatkan program kebajikan

MAHDAR BUJANGFebruary 7, 2020 11:30 am




Pemuda AMANAH Kawasan Tanjung Manis akan terus mempergiatkan usaha dalam memberi penerangan kepada penduduk dan masyarakat berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Ketua Pemudanya, Sufri Yakup berkata, pihaknya menerusi Skuad Prihatin AMANAH mengambil inisiatif untuk memberi penerangan kepada penduduk di kampung-kampung berkaitan bantuan MySalam, PeKaB40 termasuk i-Suri daripada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, program PeKaB40 dan skim MySalam adalah dua inisiatif kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)untuk menyediakan khidmat kesihatan yang lebih baik untuk golongan B40.

“Kita akan terus mempergiatkan sesi penerangan kepada pemduduk di Tanjung Manis berkaitan bantuan dan insiatif ini.

“Ini kerana, kebanyakkan masyarakat di sini belum lagi mengetahui maklumatt-maklumat yang disediakan Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan(PH),” ujar beliau ketika ditemui di Kuching hari ini.

Sufri menambah, PeKaB40 adalah inisiatif yang menyediakan saringan kesihatan percuma di klinik-klinik swasta dan klinik kesihatan kerajaan untuk semua penerima BSH berusia 40 tahun ke atas.

“Mereka harus segera membuat saringan kesihatan kerana kos penjagaan kesihatan semakin meningkat. Tetapi untuk golongan B40, kerajaan telah menyediakan dengan percuma,” jelasnya yang juga merupakan Ketua Pemuda AMANAH Sarawak.

Sehubungan itu, beliau berharap agar masyarakat dan penduduk tidak melepaskan peluang terbaik dalam menjalani pemeriksaan di hospital dan klinik berdekatan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production