Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pemuda AMANAH Terengganu kesal serangan provokasi terhadap Khalid

Pemuda AMANAH Terengganu kesal serangan provokasi terhadap Khalid

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONMarch 15, 2020 11:22 am




Pemuda AMANAH Negeri Terengganu kesal dengan serangan provokasi oleh sekumpulan individu terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada 13 Mac lalu.

Ketua Pemudanya, Zamir Ghazali, berkata, tindakan berkenaan menggambarkan bibit ekstremisme mula wujud dalam satu kelompok yang disifatkannya terlalu taksub pada seseorang individu sehingga sanggup bertindak di luar batas undang-undang.

“Politik samseng adalah politik yang seharusnya tidak lagi mengambil tempat pada tahun 2020, sebaliknya politik nilai dan matang seharusnya dipraktikkan oleh semua pihak.

“Pemuda AMANAH Terengganu juga ingin mengingatkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai undang-undang.

“Pelanggaran terhadap undang-undang tidak seharusnya berlaku dan ia bukanlah satu tindakan yang boleh dibanggakan,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Khalid didakwa telah dikepung dan diugut oleh lebih kurang 15 orang individu tidak dikenali selepas sesi Facebook live bersama Pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah di pejabat AMANAH Terengganu.

Tidak cukup dengan ugutan di hadapan pejabat, individu terbabit juga dikatakan menjejak dan mengekori dua pimpinan itu di luar kawasan ibu pejabat polis Kuala Terengganu.

Pada masa sama, Raja Kamarul yang turut berada di tempat kejadian memaklumkan, sejak kelmarin, Facebook dan WhatsApp penyokong kerajaan di negeri itu terus dihujani dengan ugutan untuk mengejar dan mencari mereka semasa laporan polis dibuat.

Pihak polis juga difahamkan telah bertindak mengawasi hotel Khalid dan menghantar berbelas anggota polis bersenjata ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu semasa beliau hendak berlepas pulang pada pagi, 14 Mac.

“Pemuda AMANAH Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM yang membantu dan memastikan keselamatan Yb Khalid dari awal sehingga beliau berangkat pulang,” katanya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Rintihan pekerja kilang dilanda Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production