Malaysia Dateline

Pemuda AMANAH tetap sumbang RM4,000 sebagaimana dijanjikan

Pemuda AMANAH Nasional tetap akan menyumbangkan RM4,000 sebagaimana dijanjikan untuk kebajikan keluarga remaja dimandikan seperti jenazah kerana mencuri tabung masjid.

Ketuanya Hasbie Muda berkata walaupun telah ada penderma yang bantu membayar denda untuk remaja terbabit, namun sumbangan yang dijanjikan akan digunakan untuk hantar remaja tersebut ke pusat pemulihan dadah.

Hasbie meminta netizen tidak mengecam imam atau ahli jawatankuasa masjid yang disifatnya satu niat yang baik untuk mendidik atau memberi pengajaran kepada remaja terbabit.

“Cuma pesan saya, netizen tidak wajar serang imam atau AJK masjid. Saya percaya niat mereka baik untuk mendidik atau beri pengajaran supaya tidak ulangi lagi.

“Walaubagaimanapun, kaedah itu mungkin dilihat tidak wajar. Cukup serah kepada pihak polis,” kata beliau.

Beliau membidas individu yang merakam dan bertindak menular video remaja terbabit sewajarnya perlu disekolahkan kerana kesan tular sangat dahsyat kepada emosi remaja dan imam terlibat.

“Tukang rakam dan sebar itu sebenarnya yang perlu disekolahkan. Kesan viral sangat dasyat kepada emosi remaja juga imam yang terlibat.

“Islam sangat melarang ghibah dan sebar aib,” ujarnya lagi difahamkan dalam perjalanan ke Kuang melawat kerluarga remaja terbabit..

Malam tadi Pemuda AMANAH Nasional akan membantu keluarga remaja tersebut untuk bayar semua denda RM4,000 yang dikenakan serta belikan ubat kepada datuk beliau.

Remaja berkenaan dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000 selepas dituduh cuba mencuri tabung masjid.

Terkini, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan remaja berkenaan yang cuba mencuri wang dari tabung masjid bukanlah untuk membeli ubat datuknya sebaliknya, ia adalah bagi kegunaan membeli dadah dan bermain judi dalam talian.