Pemuda Amanah  tidak mahu SPR jadi komponen Umno-BN

Pemuda Amanah tidak mahu SPR jadi komponen Umno-BN

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap adil termasuk kepada Pakatan Harapan memandangkan badan itu bukannya komponen parti Umno-BN.

“Kita tidak mahu SPR sebagai badan yang dilantik menguruskan perjalanan pilihan raya di negara kita ini pilih bulu, berat sebelah.

Surat pekeliling yang menjdi tular di media sosial.“Kita tidak mahu SPR menjadi satu lagi parti atau badan komponen dalam Umno-Barisan Nasional. Kita mahu SPR menjadi badan suruhanjaya yang berintegriti, amanah, adil dan saksama kepada semua parti politik,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan memorandum Pemuda Amanah kepada SPR di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya, hari ini.

Memorandum tersebut ekoran penyebaran surat daripada Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh yang memaklumkan pemberhentian edaran salinan daftar pemilih tambahan kepada parti politik.

Mengulas lanjut, Sany mendesak supaya surat bertarikh 18 April itu ditarik semula.

“Kalau surat ini benar dikeluarkan oleh SPR, kita berasa sangat-sangat dukacita dan kesal dan mohon supaya surat ini dapat ditarik semula supaya keadilan boleh diberikan kepada kami, parti-parti politik pembangkang,” ujarnya.

TAGS