Pemuda Bersatu kutuk keras cubaan pindahkan beg berjenama dipercayai milik Rosmah

Pemuda Bersatu kutuk keras cubaan pindahkan beg berjenama dipercayai milik Rosmah

Pemuda Bersatu mengutuk sekeras-kerasnya cubaan memindahkan dan menyembunyikan sejumlah 50 buah beg tangan berjenama Birkin dipercayai milik Rosmah Mansor ke dua buah unit kondo di ibu negara.

Setiap satu beg berkenaan dianggarkan tidak kurang daripada RM200,000.

Demikian kenyataan Pemuda Bersatu hari ini, yang dibuat bersama oleh Bendaharinya, Rafiq Hakim Razali dan Exco Pemuda, Ben Ali serta Azizi Sulaiman.

“Kami ada menerima maklumat dan rakaman video menunjukkan bahawa lebih kurang 50 buah tas tangan jenama ‘Birkin’ sedang dipindahkan daripada sebuah van milik Jabatan Perdana Menteri ke beberapa buah unit kondominium di Pavillion Residence KL. Setiap satu tas tangan tersebut dianggarkan bernilai RM200,000 ke atas.

Laporan Polis Pemuda Bersatu

“Setiap kotak tas tangan tertera label nama si pemberi kpd penerima (hadiah pemberian). Dipercayai penerima adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, oleh kerana DS Najib Razak dan DS Rosmah Mansor terpalit dengan skandal penyelewengan wang secara besar-besaran, kami selaku *Exco Pemuda PPBM Nasional* ingin menggesa serbuan dilakukan ke unit kondominium di Pavilion Resident tersebut.

“Selain daripada tas tangan yg mencurigakan, van yg membawa tas tangan tersebut tertera Jabatan Perdana Menteri dan Jata Negara Malaysia.

“Jika benar van itu milik JPM, maka ini adalah salah guna kuasa, di mana Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan aset milik kerajaan tanpa kebenaran dan utk kegunaan peribadi,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, satu laporan telah dibuat kepada pihak polis di IPD Dang Wangi dan siasatan sedang dijalankan.

“Pihak polis juga menasihatkan agar hal ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan susulan.

“Kami Pemuda Bersatu akan terus bersuara untuk memperjuangkan hak rakyat dan melawan Najib Razak, Bapa Kleptokrasi Negara,” kata kenyataan itu.

8.7
OVERALL SCORE
: 6.0
2 user votes x 10.0