Malaysia Dateline

Pemuda Bersatu mahu polis ambil tindakan di bawah Akta 574 terhadap Jamal

Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak tindakan dibawah Akta 574 dapat dikenakan atau diambil tindakan ke atas Pengerusi NGO 1Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana didakwa telah berniat jahat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Menurut Exco Pemudanya Mohd Ashraf Mutaqim Badrul Munir (gambar tengah) , laporan polis sudah pun dibuat di Ibupejabat Polis Shah Alam semalam, kerana tindakan Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah, jelas tidak bercanggah dengan kebebasan hak asasi individu eperti mana yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Kami mengharapkan pihak polis boleh mengambil tindakan ke atas Jamal di bawah akta ini kerana tindakan Jamal dilihat sebagai penghasut dan pengadu domba dengan tujuan melaga-lagakan pihak Istana dan pemimpin tersohor.

“Serta Jamal juga telah memberikan gambaran tidak benar akan situasi yang berpunca dari salah faham antara dua pemimpin tanahair (Sultan Selangor dan Dr Mahathir),” ujarnya ketika ditemui Malaysiadateline.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pingat kebesaran yang telah dipulangkan kepada Sultan Selangor.

Di bawa Akta 574 itu Jamal boleh dikenakan atau diambil tindakan mengikut Bab22: Menakutkan secra jenayah, aib dan kegusaran awam yang termaktub di dalamnya beberapa seksyen yang ternyata kesaahan dilakukan Jamal.

Antaranya di bawah Seksyen 504- dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Seksyen 505 -Kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan;Seksyen 509- Perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang.

Salah satu seksyen ini boleh membawa hukuman sehingga dua hingga lima tahun penjara atau denda dan kedua-duanya sekali.

Justeru kata Mohd Ashraf Mustaqim lagi kenyataan Jamal yang memperlekehkan Dr Mahathir dan isterinya dengan menyuruh mereka ‘ masuk darjah1’ untuk pelajari  Rukun Negara sebagai keterlaluan.

“Hari ini sebenarnya Jamal pada kiraan saya beliau perlu dimasukkan ke ‘Sekolah Pemulihan Akhlak’ kerana ironinya beliaulah yang telah melanggar prinsip rukun negara.

“Prinsip Rukun Negara ke kelima iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’ apabila beliau berkali-kali menganggu keharmonian rakyat dengan sentimen melalui lakonan politik yang dipertontonkan melalui siri tindakan bodoh beliau dan terkini isu berkaitan Sultan Selangor dan Tun Dr Mahathir yang jelas membawa perpecahan dalam kalangan rakyat dan istana.

“Malah tindakan mempersoalkan kebebasan hak asasi juga bercanggah dengan prinsip Rukun Negara ketiga ‘Keluhuran Perlembagaan’.

“Malah Sultan Selangor juga pernah murka kepada beliau kerana bawa van jenazah namun tiada permohonan maaf secara terbuka dilaporkan kepada pihak Sultan dan Istana. Adakah ini tidak bercanggah dengan prinsip ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’? soalnya.

Datuk Seri Jamal Md Yunos

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar pada Selasa, menasihati Dr Mahathir supaya tidak menjadi kebudak-budakan dengan memulangkan pingat kebesaran negeri Selangor selepas ditegur oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, sebagai perdana menteri selama 22 tahun, Mahathir sepatutnya cukup berpengalaman dan cukup dewasa mengambil teguran tersebut dengan terbuka.

Justeru, beliau mencabar Mahathir “berhijrah” ke negeri lain dan tidak lagi menetap di Selangor.

Jamal berkata demikian kerana Dr Mahathir telah memulangkan pingat serta anugerah diterima di negeri itu pada 7 Disember lalu kepada wakil Istana.

Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.

Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Oktober 2003.

Pingat yang dikembalikan Dr Siti Hasmah itu pula ialah anugerah yang diterimanya daripada sultan Selangor pada 1983 dan 1994.

Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.