Pemuda bongkar mentaliti penduduk apartment B40, siap ada yang bela ayam! Cop parkir dah jadi benda biasa

Oleh KIM SYAZIE

Siapa sangka, duduk di kawasan perumahan kos rendah seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pangsapuri murah banyak memperlihatkan sikap segelintir penghuni yang tiada ‘common sense’ dan selamba melecehkan peraturan yang sedia tahu ia patut dipatuhi.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Asrul Muzaffar, dia memuat naik satu nukilan yang menceritakan tentang mentaliti penduduk pangsapuri kos rendah yang rata-rata terdiri dari kumpulan isi rumah B40.

Asrul mengenang semula ketika dia menyewa di sebuah apartment B40 di Lembah Klang aman bujang, dan memori itu banyak meninggalkan kesan buatnya.

“Dulu masa bujang aku pernah sewa apartment B40 dekat Lembah Klang. Memang murah gila cuma RM350 sebulan untuk satu unit. Memang kecil. Dari pintu depan jalan tujuh langkah dah sampai pintu bilik. Tapi tak kisahlah tu asal jimat duit. Dah jangka pun kecil dan tak selesa.

“Tapi yang aku tak jangka ialah mentaliti B40 majoriti penduduk kawasan tu,” tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsi di dalam group B40 Buat Perangai Apa Hari Ini.

Cop parkir memang bermarajalela, siap ada yang bela ayam

Bercerita lanjut, Asrul berkata, sikap suka cop parkir merupakan perkara biasa dan sudah bermaharajelala. Dia berkongsi pengalaman keretanya dipenuhi timbunan sampah selepas secara tidak sengaja parkir di kawasan yang sudah di cop

Selain itu, ada juga penghuni yang membela ayam di kawasan kediaman itu siap dibina reban ayam sekali.

“Ada unit tingkat bawah sekali bela ayam. Siap ada reban ayam siot. Waktu siang dia akan lepas ayam dia merewang sana sini.

“Kemudian setiap tingkat ada tempat buang sampah. Alaa yang boleh buka, letak plastik sampah dalam tu kemudian bila tutup, semua jatuh kat tong sampah besar kat bawah.

“Selalu lah juga jumpa yang pakai letak je plastik sampah kat luar atau dia biar penutup tu terbuka kemudian plastik sampah tersangkut kat situ sebab besar sangat. Bau tak payah cakap lah.

“Ada tempat parkir motosikal tapi depa pi parkir kat bahagian tangga tingkat bawah sampai halang orang nak lalu. Oh ya, semua blok tak ada lif jadi kena menapak guna tangga,” katanya.

Pada masa sama, dia juga memberihu sikap segelintir penghuni yang gemar karaoke sampai tengah malam dan pernah mengalami situasi di mana cermin keretanya dipecahkan penagih di kawasan tersebut.

“Dak dak biforti pula lepak kat taman depan blok kemudian gelak kuat-kuat sampai 2-3 pagi. Sekali tu housemate aku jerkah nak turun dengan parang baru depa senyap.

“Sebelum beli kereta, aku naik bas. Kat stesen bas situ biforti tak pernahnya beratur. Bas sampai, semua dok berebut nak naik.

“Pernah sekali tu satu unit kat blok aku terbakar. Sebab anak dia bakar tali raket badminton dalam bilik. Lilin jatuh, api sambar katil hujung-hujung satu rumah total loss.

“Malam minggu pukul 1-2 pagi nanti adalah bunyi “PRENNNNGGGGGG” rempit biforti memekak dengan motosikal depa tengah malam,” katanya lagi.

Namun Asrul berkata, dia kini sudah pun berpindah ke kediaman lebih baik di sebuah kondominium yang lebih terjaga.

“Kondo M40 pun ada juga masalah tapi masalah 1-10 kat atas tu dah tak ada dah. Yang jadi masalah pula bila ada yang ngelat bayar maintenance fee atau tree huggers yang tak bagi trim pokok walaupun dah jadi sarang nyamuk,” tulisnya lagi.

Baca juga:

Baca juga: Gigih naik tingkat 7 hantar makanan, netizen terhibur abang Grab pasrah diminta buangkan sampah

Baca juga: Niat hanya mahu berehat sekejap tetapi akhirnya rehat selamanya, lelaki rentung dalam kebakaran selepas gagal selamatkan diri