Ada tiga perkara yang diajar dalam islam yang belum pasti kita tahu iaitu ajal, rezeki dan jodoh. Jodoh adalah rahsia daripada tuhan yang tak dapat kita tahu sehinggalah kita bernikah dengannya.
Jika pelbagai usaha sudah anda lakukan tetapi mesih belum berjaya, apa kata anda ikut cara kesungguhan lelaku ini mencari jodoh.
Tular di media sosial tentang usaha seorang lelaki yang mahu mencari jodoh. Usaha lelaki ini yang memasang ‘banner’ iklan di jalan raya mendapat pelbagai reaksi netizen.
Lelaki dari Terengganu bernama Aziro mencari pasangan hidupnya dengan mengiklankan dirinya sendiri.

Namun selepas tidak berapa lama selepas itu, iklan tersebut diturunkan oleh Majlis Perbandaran Dungun, namun dia bagaimanapun memaklumkan masih menerima panggilan daripada orang ramai tentang perkara itu.
Memetik dari thevocket, dia bukan saja menerima panggilan dari Terengganu tetapi ada yang menghubunginya datang dari Johor, Klang, Sarawak dan paling mengejutkannya ada yang berasal dari Indonesia cuba menghubunginya.
Seperti yang dilaporkan oleh Malaymail, selepas hampir sebulan, Aziro memaklumkan dia sudahpun menjumpai calon isteri yang dimahukannya.
Menurut Aziro, wanita berusia 33 tahun itu menghubunginya selepas melihat iklan mencari jodoh olehnya yang tular sebelum ini.
Bukan saja bertukar-tukar pesanan melalui telefon, Aziro juga memberitahu dia sudahpun berjumpa dengan calon isterinya itu pada minggu lepas sambil ditemani adik perempuannya.
“Walaupun dia bersetuju untuk saya menjadi suaminya, namun kami masih mahu berkenalan antara satu sama lain terlebih dahulu,” kata Aziro kepada MalayMail.
Aziro juga memaklumkan calon isterinya itu juga berasal dari Kuala Terengganu dan kini sedang bekerja sebagai seorang kerani di sana.
Jadi kepada sesiapa yang masih belum berjaya mencari jodoh, boleh guna kreatif ini.
baca: Pelancong Korea terkejut, kenapa pusat beli belah di Malaysia caj RM2 masuk tandas