Malaysia Dateline

Pemuda ini kongsi tips berbuka untuk kawal serta turunkan berat badan di bulan Ramadan

Mahu kekal serta turunkan berat badan sepanjang Ramadan. Pemuda ini kongsi tips berbuka untuk kawal serta turunkan berat badan di bulan Ramadan

Tibanya Ramadan ramai yang memasang cita-cita untuk mengekalkan berat badan bahkan ada yang mahu manfaatkan bulan mulia ini untuk menurunkan berat badan.

Ya, memang benar bulan yang mulia ini bukan sahaja dapat beramal ibadat bahkan boleh membantu kita untuk kekal sihat.

Pemuda ini berkongsi tips berbuka puasa untuk kekal serta turunkan berat badan sepanjang Ramadan ini.

Berbuka dengan sedikit sahaja karbo (nasi) ia terus beri badan tenaga segera
  1. Mula makan berbuka dengan sedikit karbo ringkas. Ia terus beri badan tenaga segera.
  2. Cukup secawan air manis, segelas air kosong, sebiji dua kuih atau 2-3 biji kurma.
  3. Tunaikan solat maghrib kemudian baru sambung dengan makanan yang lebih berat.
  4. Berbuka dengan 2/3 dari keperluan kalori diri sendiri. Sebaiknya simpan sikit untuk moreh.
  5. Contoh 2/3 ialah 1000 kalori, ambil 750 kalori masa berbuka dan 250 lagi waktu moreh.
  6. Jika makan nasi, mee, roti atau karbo lain, pastikan ada protein dan sumber serat sekali.
  7. Karbo kembalikan tenaga. Protein kekalkan otot dan serat berikan rasa kenyang dan lama.
  8. Kawal saiz hidangan. Ambil portion kecil dulu. Rasa tak cukup baru tambah sikit lagi.
  9. 1 hari 1 nikmat hidup. Bahagi jadi 30 hari. Hari ni cendol, esok roti john, lusa murtabak.
  10. Dari suapan pertama ambil masa 15-20 minit untuk signal kenyang sampai ke otak.
  11. Makan dengan perlahan. Ia kawal paras gula dalam darah, insulin dan nafsu makan.
  12. Berhenti sebelum kenyang dan bangun terus. Lagi lama ada depan makanan, lagi susah berhenti dan berterusan makan.

Elak terus belasah makan banyak awal waktu berbuka puasa. Ia bantu kawal paras gula dan insulin dari naik mendadak.

Nafsu makan jadi lebih bertenang, mudah nak kawal diri dan dapat elak makan berlebihan.

Cukupkan minum air kosong. Bahagikan dari mula buka puasa sampai waktu moreh.

Berdoa juga sebelum azan. Pesan Nabi S.A.W, ini waktu mustajab untuk doa.

Minta pada Allah agar terus kuat semangat dan berjaya turun berat badan pada kali ini.