Pemuda ini kongsi tips macam mana nak halang warga Singapura isi RON95

Oleh NASUHA RAHMAN

Pemuda ini bagi tips macam mana nak halang warga Singapura. Ekoran warga Singapura berbondong-bondong masuk ke Malaysia selepas pembukaan sempadan 1 April lalu, rakyat negara ini mula menzahirkan rasa tidak puas hati.

Ini kerana harga RON95 hanya dikhaskan buat mereka setelah kerajaan memberi subsidi yang tinggi malangnya ‘dicuri’ oleh warga Singapura yang tidak bertanggungjawab.

Padahal mereka diharamkan berbuat demikian dan hanya boleh mengisi RON97 yang disyaratkan oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 2010.

Tidak cukup dengan tular beberapa gambar warga Singapura mengisi RON95, ada dalam kalangan rakyat negara ini berkongsi tips bagaimana hendak menghalang mereka berbuat demikian.

Mohd Anshahrizat Aluhar melalui media sosialnya memberi tips kepada rakyat negara ini untuk bertindak kepada warga Singapura yang tidak bertanggungjawab itu.

Pemuda ini bagi tips macam mana nak halang warga Singapura isi RON95
Rakyat Malaysia tidak berpuas hati apabila warga Singapura mengambil kesempatan mengisi RON95

Jika ditegur, tetapi dibuat tidak tahu saja. Ini tips saya :

  1. Tegur.
  2. Memberitahu kepada petugas stesen minyak.
  3. Jika tidak berhasil, tekan saja butang E-STOP yang berwarna merah. ( Terdapat di setiap pam).
  4. Catat butiran seperti nombor pendaftaran kenderaan, lokasi dan gambar jika ada.
  5. Laporkan kepada pihak berkuasa.

Apabila anda menekan butang E -STOP ini, proses pengisian akan terhenti malahan pihak juruwang akan mendapat amaran di pam tersebut melalui skrin pendaftaran pembelian di kaunter.
Tekan bila perlu.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/tahukah-anda-berapa-banyak-malaysia-rugi-apabila-warga-singapura-isi-petrol-ron95/