Pemuda Islam kian cenderung bersikap melampau

Pemuda Islam kian cenderung bersikap melampau

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berpendapat gejala melampau sehingga menafikan prinsip keadilan dan tidak bertoleransi terhadap kefahaman yang berbeza sedang berleluasa dalam kalangan golongan muda Islam.

Menurutnya, kefahaman songsang dan hanya bagi memenuhi visi kumpulan tertentu sahaja mengakibatkan sikap pelampau dalam kata-kata dan tindakan semakin menjadi-jadi.

“Konsep demokrasi, hak asasi dan hak minoriti dipertikai oleh beberapa golongan Islam sehingga dianggap sebagai ciptaan dan rekaan tamadun Barat.

“Kecenderungan terhadap sikap fasisme di kalangan pemuda Islam dilihat seolah-olah semakin meningkat. Sedangkan kesemua konsep ini selari dengan kehendak Islam malahan diceduk dari tamadun Islam,” katanya.

Akibatnya, jelas Khalid, sikap tidak mahu ambil tahu pandangan golongan minoriti dan bukan Islam tercermin di sebalik ungkapan antaranya seperti ‘kami majoriti’, ‘ini negara Islam’ dan ‘bukan Islam jangan campur’.

“Malahan, golongan minoriti turut dijadikan ‘boogeyman’ atau musuh utama yang diada-adakan bagi mempengaruhi masyarakat untuk mencetuskan kemarahan dan kebencian.

“Yang beragama Islam yang membantah unsur-unsur fasis ini digelar liberal, pengkhianat dan sebagainya,” katanya dipetik dari rencana beliau di akhbar Amanah Edisi 71 keluaran minggu ini.

Ahli Parlimen Shah Alam itu menyifatkan politik adu domba serta perbalahan antara kaum dan agama amat disukai golongan fasis walaupun pendekatan tersebut termasuk paksaan merosakkan imej politik Islam.

“Walaupun kami (AMANAH) yakin akan kebenaran dan keadilan Islam, pendekatan adu domba dan memaksa yang disukai golongan fasis semestinya dijauhi.

“Semoga Allah menjauhi AMANAH dan umat Islam dari terpengaruh dengan pendekatan dan fahaman sedemikian rupa,” kata Khalid lagi.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS