Pemuda kesal peniaga jual nasi lemak RM4 tapi tak ada sambal dan telur, ikan bilis boleh kira pakai jari

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kesal selepas membeli sebungkus nasi lemak dari seorang peniaga kecil-kecilan.

Dia mendakwa nasi lemak yang dibeli tidak berbaloi dengan harga kerana ia bukan sahaja tidak lengkap, bahkan tidak mempunyai bahan paling penting iaitu sambal.

Seperti dikongsi individu bernama Azmanizam, dia terpaksa bayar RM4 untuk sebungkus nasi lemak kosong tanpa sambal dan hanya terisi ikan bilis 3 ekor selain kacang tanah sebiji dan timun dua potong.

Perkara itu amat mengecewakannya, apatah lagi dia perlu membayar tambahan RM2 lagi untuk telur mata.

“Kisah lucu di pagi hari, niat nak sokong peniaga kecil tapi ini balasan yang saya dapat?

“RM4 dapat bilis 3 ekor, kacang sebiji setengah, timun 2 potong, telur rebus tiada. Minta sambal nasi lemak tak afa, katanya nasi lemak dia versi lain. 

“Jadi terpaksa minta sambal dari lauk yang lain. Tambah telur mata jadi RM6,” keluhnya.

Individu itu pada masa memahami mungkin berlaku kenaikan kos barang mentah untuk menghasilkan nasi lemak, namun dia tidak berpuas hati kerana makanan itu tidak disediakan dengan lengkap.

Enggan memanjangkan lagi rasa di hati, individu itu mendoakan agar peniagaan tersebut terus berjaya.

“Iye tau harga barang mentah naik, terpaksa naikkan harga jualan tapi tak kan lah jual nasi lemak tak lengkap sampai sambal pun tak ada?

“Telur rebus pun tak ada walaupun secebis. Hmm tak apalah saya doakan awak terus berjaya jelah dalam perniagaan ni. Aminn…,” katanya.

Perkongsiannya diulang siar banyak media-media tempatan sehingga menarik perhatian pengguna media sosial yang turut sependapat, mengatakan nasi lemak sebegitu tidak sewajarnya dijual kepada pelanggan.

Baca juga: “Aku ingat dia berhenti lepas tahu aku ni masih isteri orang, rupanya makin menjadi-jadi…”