Pemuda luah rasa pelik kedai makan kenakan caj RM20 untuk lauk tempe ikan bilis ‘ciput’

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna Facebook terkejut selepas sebuah gerai di Singapura mengenakan harga tidak masuk akal untuk lauk tempeh ikan bilis yang dipesannya dalam hidangan lontong.

Individu menggunakan nama Mohammed Fauzi Mokhtar berkata, dia pada awalnya memesan lontong pada harga $5 atau RM17.

Dia kemudian mengambil lauk tempeh ikan bilis sebelum terkejut mengetahui harga lauk itu adalah $6 atau RM20, lebih mahal dari lontong.

Menurutnya harga yang dikenakan masuk akal memandangkan lauk yang dipesan itu diambil dalam kuantiti sangat sedikit.

“Saya pesan lontong ditambah dengan tempeh ikan bilis berharga keseluruhan $11 (RM36.40)! Saya macam tidak percaya hidangan lontong yang saya pesan lebih mahal berbanding set nasi,” katanya.

Lelaki itu kemudian menghubungi gerai tersebut sebelum disuruh menghantar gambar makanan dan resitnya supaya kakitangan membuat semakan.

Ternyata telah berlaku kesilapan kerana ia sepatutnya dicaj S$1.50 (RM4.99) dan bukannya $6.

Pihak gerai memaklumkan bahawa kakitangan di situ telah tersilap memasukkan harga.

Bagaimanapun, dia masih meluahkan rasa kecewa kerana masih perlu menunggu sehingga beberapa hari untuk wangnya dikembalikan.

Baca juga: Pemilik restoran makanan Jepun dedah taktik ‘scam’ tender kerajaan, hampir rugi RM30,000