Pemuda Malaysia kerja kutip sampah di Singapura raih gaji RM10,000 sebulan

Oleh ROSLAN ZAMAN

Awal tahun lalu gaji kasar bulanan bagi pekerja pemungut sampah pada peringkat permulaan buat warga Singapura atau pemastautin tetap dijangka meningkat kepada S$3,260 (RM10,000) menjelang 2028, di bawah model gaji progresif baharu bagi sektor itu.

Ianya terbukti apabila seorang pemuda Malaysia yang bekerja sebagai pemungut sampah di negara itu memperoleh RM9,600 (S$2,980) sebulan.

Pemuda yang menggunakan akauan @ezzaiky7 di TikTok, berkongsi pengalamannya dan rasionalnya untuk melakukan kerja sedemikian, yang ramai orang tidak begitu minat kerana ia terdedah dengan suasana kotor.

Pemuda itu berkata, kerja sebagai kakitangan pelupusan sampah .kerana dia boleh memperoleh sekitar RM6,000 (S$1,870) hingga RM9,600 (S$2,980), sebaik sahaja gajinya ditukar daripada dolar Singapura kepada ringgit, lapor Sin Chew Daily.

Beliau berkata, gaji tinggi di Malaysia adalah untuk mereka yang mempunyai kelayakan pendidikan tinggi.

Menjawab komen yang mendakwa purata gaji di Malaysia lebih tinggi berbanding Singapura, lelaki itu menjawab dalam video lain bahawa orang yang mempunyai gaji tinggi di Malaysia adalah mereka yang mempunyai kelayakan pendidikan tinggi.

Dia kemudian menambah bahawa dia “tidak berpendidikan”.

“Tetapi jika anda tahu mana-mana tempat yang masih menawarkan gaji tinggi, sila maklumkan kepada saya. Saya juga mahu tinggal di negara sendiri dengan gaji 8,000, 7,000, 9,000 ringgit. Saya ingin tahu bagaimana rasanya,” katanya,

Beliau percaya rezeki ada di mana-mana, baik di Malaysia mahupun di Singapura tetapi nampaknya nasib beliau ada di Singapura.

“Jadi saya terima saja lah. Betul ke? Tapi kerja di sini bermakna saya mesti kuat.

“Saya perlu menghadapinya. kesesakan lalu lintas dan semua, tiada pilihan. Tetapi saya tidak boleh merungut kerana saya dikurniakan pekerjaan, jadi saya terima,” ujarnya lagi.

baca: Mahu bergantung pada Allah sahaja, Syahir simpan impian nak tinggal di Mekah