Pemuda Malaysia pungut sampah di Singapura terima gaji RM10,000 sebulan

Oleh NASUHA RAHMAN

Awal tahun lalu gaji kasar bulanan bagi pekerja pemungut sampah pada peringkat permulaan buat warga Singapura atau pemastautin tetap dijangka meningkat kepada S$3,260 (RM10,000) menjelang 2028, di bawah model gaji progresif baharu bagi sektor itu.

Ianya terbukti apabila seorang pemuda Malaysia yang bekerja sebagai pemungut sampah di negara itu memperoleh RM9,600 (S$2,980) sebulan.

Pemuda yang menggunakan akauan @ezzaiky7 di TikTok, berkongsi pengalamannya dan rasionalnya untuk melakukan kerja sedemikian, yang ramai orang tidak begitu minat kerana ia terdedah dengan suasana kotor.

Pemuda itu berkata, kerja sebagai kakitangan pelupusan sampah .kerana dia boleh memperoleh sekitar RM6,000 (S$1,870) hingga RM9,600 (S$2,980), sebaik sahaja gajinya ditukar daripada dolar Singapura kepada ringgit, lapor Sin Chew Daily.

Beliau berkata, gaji tinggi di Malaysia adalah untuk mereka yang mempunyai kelayakan pendidikan tinggi.

Menjawab komen yang mendakwa purata gaji di Malaysia lebih tinggi berbanding Singapura, lelaki itu menjawab dalam video lain bahawa orang yang mempunyai gaji tinggi di Malaysia adalah mereka yang mempunyai kelayakan pendidikan tinggi.

Dia kemudian menambah bahawa dia “tidak berpendidikan”.

“Tetapi jika anda tahu mana-mana tempat yang masih menawarkan gaji tinggi, sila maklumkan kepada saya. Saya juga mahu tinggal di negara sendiri dengan gaji 8,000, 7,000, 9,000 ringgit. Saya ingin tahu bagaimana rasanya,” katanya,

Beliau percaya rezeki ada di mana-mana, baik di Malaysia mahupun di Singapura tetapi nampaknya nasib beliau ada di Singapura.

“Jadi saya terima saja lah. Betul ke? Tapi kerja di sini bermakna saya mesti kuat.

“Saya perlu menghadapinya. kesesakan lalu lintas dan semua, tiada pilihan. Tetapi saya tidak boleh merungut kerana saya dikurniakan pekerjaan, jadi saya terima,” ujarnya lagi.

Awal tahun ini pada bulan Januari, Kementerian Tenaga Manusia mengumumkan bahawa jadual enam tahun kenaikan gaji Model Gaji Progresif (PWM) berterusan dari 2023 hingga 2028 untuk pekerja pengurusan sisa akan dilaksanakan, mulai 1 Julai 2023.

Di bawah jadual ini, gaji garis dasar bulanan pekerja krew kutipan sisa peringkat permulaan dijangka meningkat daripada S$2,210 pada 2023 kepada S$3,260 pada 2028.

PWM meliputi warga Singapura dan penduduk tetap Singapura (PR) dalam gaji progresif sektor untuk pembersihan, keselamatan dan landskap.

Baca juga: Bertaubatlah Pas! Sebuah parti Islam sanggup bersama pemimpin tidak amanah, khianati rakyat

Baca juga: http://Tak habis isu berpesta, Perdana Menteri Finland mohon maaf gambar tak senonoh pula tersebar