Pemuda Pakatan Harapan ajak Umno-Pas sertai flashmob Undur Najib

Pemuda Pakatan Harapan ajak Umno-Pas sertai flashmob Undur Najib

Pemuda Pakatan Harapan(PH) mengalu-alukan kehadiran pemuda Pas dan Umno yang tidak menyukai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk menyertai ‘flashmob’ #Undur Najib.

Penganjur, Dr Afif Bahardin berkata acara ‘flashmob’ #Undur Najib itu diadakan sempena setahun perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

“Hari tersebut merupakan ulang tahun GST dikenakan di Malaysia dan kita semua tahu rakyat terbeban dnegan kos sara hidup, tetapi kerajaan (pimpinan Perdana Menteri) gagal mengatasi masalah ekonomi.

“Program ini akan diadakan secara serentak di seluruh negara dan lokasinya akan ditentukan kemudian,” katanya dipetik semasa sidang media Pemuda Pakatan Harapan hari ini

Program tersebut diadakan bagi mengingatkan rakyat supaya mendesak Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kerana telah gagal membela nasib rakyat.

TAGS