Pemuda Pakatan Harapan bersama mahasiswa tangkap #MO1

Pemuda Pakatan Harapan akan menggerakkan seluruh jentera sebagai tanda solidariti terhadap perhimpunan aman '#TangkapMalaysianOfficial1' 27 Ogos ini.

Pemuda Pakatan Harapan bersama mahasiswa tangkap #MO1

Pemuda Pakatan Harapan  bersama Mahasiswa tangkap MO1

Pemuda Pakatan Harapan akan menggerakkan seluruh jentera sebagai tanda solidariti terhadap perhimpunan aman ‘#TangkapMalaysianOfficial1’ 27 Ogos ini.

Dalam sidang media bersama di ibu pejabat pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini, mereka menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan mobilisasi, keselamatan dan perundangan terhadap himpunan tersebut.

Mereka juga meminta kerajaan memberi ruang kepada anak muda dan mahasiswa untuk bersuara kerana mendakwa suara mereka suara kuasa ketiga yang bebas daripada kepentingan politik.

“Diingatkan kepada Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan para pentadbir universiti supaya memberi ruang kepada mahasiswa dan anak muda bersuara.

“Suara mahasiswa adalah suara kuasa ketiga yang bebas daripada kepentingan politik yang akan menjadi pemangkin untuk mencapai negara lebih sejahtera,” katanya ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan dalam sidang media tersebut.

Pemuda Pakatan juga merakam ucapan tahniah kepada anak muda dan mahasiswa yang memulakan usaha ‘#TangkapMalaysianOfficial1’.

“Semoga usaha ini akan menjadi pemangkin untuk kita mencapai impian Malaysia yang lebih sejahtera. Ayuh anak muda Malaysia, kita turun ke himpunan ‘#TangkapMalaysianOfficial1’,” katanya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, Malaysia perlu diselamatkan daripada kepincangan urus tadbir membimbangkan ekoran laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US DOJ) berkenaan penyelewengan wang melalui 1MDB.

“Tiga individu yang didakwa bertanggungjawab disebut dengan jelas dua daripadanya Rizza Aziz dan Jho Low, namun seorang lagi hanya dinyatakan sebagai Malaysia Official 1.

“Dipercayai individu di sebalik nama Malaysia Offical 1 yang disebut 32 kali dalam laporan US DOJ menjadi dalang dalam menyusun atur dan menerima ratusan juta dari 1MDB ke akaun peribadinya,” katanya.

Gabungan #TangkapMO1 merupakan usaha sekumpulan mahasiswatempatan bagi mendesak penangkapan individu yang didakwa sebagai MO1.

Gabungan itu turut menyatakan tuntutan mereka supaya semua institusi awam seperti PDRM dan SPRM daripada bebas cengkaman dan campur tangan politik UMNO BN.