Malaysia Dateline

Pemuda Pas anak lima cerai isteri pertama demi isteri kedua

Syed Mohd Faris (kanan) merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Puchong.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Puchong, Syed Mohd Faris Syed Roslan, 34, menceraikan isteri pertamanya selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand.

Bekas peserta program realiti dakwah, Imam Muda (IM) Musim Ketiga 2014 itu menceraikan Nur Hidayu Rosly, 33, talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, kelmarin.

Keputusan itu dibuat dua hari selepas mereka menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan, lapor Harian Metro.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima anak iaitu Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Nur Hidayu dilapor berkata, Syed Mohd Faris menikahi wanita itu secara senyap-senyap pada 18 Mac lalu.

Menurutnya, Syed Mohd Faris yang berasal dari Ipoh mengenali wanita itu ketika sama-sama menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018.

Untuk rekod, Syed Mohd Faris dikatakan menggemari filem ‘KL Gangster’ selain mengagumi bakat Afdlin Shauki dan Saiful Apek sebagai pelakon pujaannya.

Nur Hidayu mendakwa isteri baru suaminya itu juga pernah mengasarinya dengan menendang, memijak kaki serta memulas tangannya selepas Syed Mohd Faris bercadang untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.

Walau bagaimanapun, Nur Hidayu sedih apabila Syed Mohd Faris langsung tidak mempertahankannya ketika dikasari wanita itu.

“Saya tak tahu apa motif dia. Paling menyedihkan, suami langsung tak mempertahankan saya,” keluhnya.

Sebelum ini, Nur Hidayu memberitahu, beliau membantah hasrat suaminya untuk berkahwin lagi dengan lima wanita.

“Malah, sebelum dengan wanita ini, dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin.

“Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami,” dipetik Harian Metro lagi.

Anak sulung Syed Mohd Faris sudah berusia 12 tahun.