Pemuda Pas cabar Husam namakan penerima RM90 juta

Pemuda Pas cabar Husam namakan penerima RM90 juta

Pemuda Pas Kelantan mencabar Pengerusi Amanah negeri Datuk Husam Musa menamakan individu yang telah menerima dana RM90 juta daripada Umno.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya Husam di pihak yang benar beliau perlu mengemukakan bukti berhubung tuduhan tersebut.

“Saya cabar beliau menamakan individu yang telah menerima dana tersebut dan tidak hanya membuat tohmahan liar seperti ini.

“Sebagai pemegang jawatan di dalam Pas saya menegaskan tuduhan tersebut tidak benar dan bertujuan untuk merosakkan nama baik parti ini,” katanya seperti dpetik portal Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung tuduhan Husam dalam Ceramah Umum Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.

Husam yang juga Adun Salor dalam ceramahnya mendakwa bahawa duit yang diterima Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

Lebih 30 pemimpin dan penyokong Pas hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas hari ini.

Difahamkan, laporan polis diadakan serentak di 14 kawasan parlimen dalam Kelantan.

 

TAGS