Pemuda Pas Kelantan cabar Guan Eng

Pemuda Pas Kelantan cabar Guan Eng

Pemuda Pas Kelantan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyatakan peratusan pemilikan kediaman antara kaum di Pulau Pinang yang dikatakan meminggirkan Melayu.

Ahmad Fadhli Shaari

Pemuda Pas Kelantan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyatakan peratusan pemilikan kediaman antara kaum di Pulau Pinang yang dikatakan meminggirkan Melayu.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata mengikut laporan Pejabat Tanah dan Galian pada 2010, pemilikan tanah kaum Cina di negeri itu adalah sebanyak 64 peratus, manakala Melayu pula hanya 28 peratus dan India sebanyak lapan peratus.

Katanya, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2014, menyatakan populasi penduduk Pulau Pinang adalah 1.6 juta iaitu Cina (42.2 peratus), Melayu (41.3 peratus), India (9.8 peratus), manakala bangsa lain termasuk warga asing adalah 6.7 peratus.

“Guan Eng fitnah Kelantan sebagai sebuah negeri yang muflis pada saat Kelantan berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Malaysia daripada pemilikan kediaman iaitu sebanyak 83.9 peratus.

“Saya mencabar Guan Eng untuk memberi statistik berapakah peratus pemilikan kediaman di Pulau Pinang bersama perbandingan di antara kekuatan ekonomi Bumiputera di negeri yang ‘sangat kaya’ itu,” katanya seperti dilapor BH hari ini.

Lim Guan EngGuan Eng, dalam sidang media semalam, mendakwa Kelantan sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh parti yang gagal iaitu Pas.

“Adalah lebih baik Kelantan yang dikatakan muflis ini jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dari sudut menjaga hak pribumi Bumiputera dan keadilan untuk rakyat.

“Bagi makluman Guan Eng juga, sumber dari Khazanah Research Institute pada tahun 2016 juga menunjukkan Pulau Pinang sebagai negeri ketiga tertinggi dari sudut ketidakmampuan rakyat untuk membeli rumah.

“Sekalipun gaji bulanan (pertengahan) rakyat Pulau Pinang berada di angka RM4,702 namun harga rumah (pertengahan) di negeri itu ialah RM295,000.00 berbanding Kelantan yang walaupun gaji bulanan (pertengahan) di negeri ini ialah RM2.716 namun harga rumah (pertengahan) di negeri ini hanyalah sekitar RM157,740.

“Ia sekali gus meletakkan Pulau Pinang berada di tangga indeks 5.2 iaitu sangat tidak mampu dimiliki berbanding Kelantan hanya di tangga indeks 4.8. Apa yang lebihnya Pulau Pinang sehingga anda melabelkan kami sebagai negeri hampir bangkrap?” katanya.

TAGS