Pemuda Pas Kuala Selangor lulus usul putus dengan PKR

Pemuda Pas Kuala Selangor lulus usul putus dengan PKR

 

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor (DPPKS) dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang ke 27 sebulat suara meluluskan Usul Putus Tahaluf Siyasi Pilihanraya bersama PKR.

Ahmad Hakimi OthmanDewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor (DPPKS) dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang ke 27 sebulat suara meluluskan Usul Putus Tahaluf Siyasi Pilihanraya bersama PKR.

Difahamkan DPPKS mengambil kira beberapa bukti dan peristiwa yang berlaku di negeri Selangor antara Pas dan PKR.

Ketua Pemudanya Ahmad Hakimi Othman berkata, pemimpin PKR Melayu Islam memandang sinis usaha memartabatkan mahkamah Syariah dan memejamkan mata dalam penerangan dan penjelasan yang diberikan.

Selain PRK Sungai Besar yanag diadakan tahun lalu melihatkan pengkhianatan yang jelas terhadap unsur unsur Tahaluf Siyasi PAS yang telah digariskan oleh Majlis Syura Ulama.

Isu Air Selangor dan pertikaian dengan SPLASH yang masih tidak diselesaikan boleh menyebabkan reputasi PAS sebagai kerajaan bersama di bawah Undang Undang Tubuh Negeri Selangor boleh menyeret PAS dalam krisis keyakinan rakyat terhadap tindak tanduk kerajaan yang ada.

“Tiga isu ini sebahagian bukti yang secara syariatnya, tahaluf siyasi pilihanraya bersama PKR perlu diputuskan.

“Sekiranya Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohd Azmin Ali) dari PKR merasakan mampu memecat exco-exco PAS, kita akan terima dan bergerak seperti biasa.

“Yang penting prinsip bersama Islam mesti dipegang. Kemenangan dan rahmat adalah pemberian Allah.

“Sekiranya, yang dilakukan menepati syarat Allah. Kemenangan pasti dapat dikecapi jua.

“Maka, DPPKS tetap mengajak semua Ahli PAS berpegang teguh dengan prinsip politik Islam dan mengotakannya walaupun sukar,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Polimik hubungan antara PAS dan PKR ini tercetus apabila Pas tidak berada dalam gabungan Pakatan Harapan dan keberadaan Pas di Selangor seakan tidak disantuni pimpinan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun ia menjadi semakin parah di Selangor apabila Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mengeluarkan kata sinis terhadap Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz di twitternya semalam.

Ekoran itu Pemuda Pas Kawasan Subang dan Pandan turut akan mengusulkan untuk memutuskan hubungan dengan PKR pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan yang sedang berlansung kini di seluruh negeri.

Azmin dilapor menyindir seorang “tok lebai misteri” tanpa menamakan secara langsung individu disebutkan itu kononnya bercita-cita untuk menawan Selangor.

“Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur,” ujar Azmin seperti dipetik.

Kenyataan Azmin itu dianggap oleh pimpinan pemuda di Selangor ditujukan kepada Nik Abduh yang kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa pada 18 Mac lalu.

TAGS